Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi lelaki handsome.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia baik lelaki mahupun wanita pastinya mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih pasangan.
Malah jika ditanya setiap individu pastinya mempunyai pelbagai ciri-ciri pasangan yang diidamkan seperti beradab, sopan, bertutur dengan lembut, rupa paras elok dan banyak lagi.
Namun apabila bercakap tentang rupa paras yang elok ia adalah subjektif kepada setiap individu ada yang berpendapat seseorang handsome atau cantik kerana pakaian yang kemas dan sebagainya.
Wanita berpendapat lelaki handsome bila ada duit
Baru-baru ini, seorang influencer TikTok iaitu Raffi yang sering membuat kandungan ekperimen sosial telah bertanya kepada para wanita mengenai kriteria lelaki yang dikatakan sebagai ‘handsome’.
Dalam video tersebut, Raffi telah menemubual beberapa wanita di tempat awam dengan bertanya ‘lelaki handsome bila ada ___________?’
Walau bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan dalam video tersebut ramai yang berpendapat lelaki kelihatan kacak atau handsome apabila mereka mempunyai duit.
Hanya seorang dalam video berpendapat lelaki handsome kerana rupa paras
Namun dalam temubual itu hanya seorang wanita sahaja daripada enam yang berpendapat lelaki kelihatan kacak apabila mereka mempunyai rupa paras yang elok.
Walau bagaimanapun di ruangan komen ada juga berpendapat lelaki handsome apabila mereka menjalankan tanggungjawab, mempunyai agama, adab, berilmu dan banyak lagi.
Ramai menyifatkan lelaki handsome atas pelbagai faktor
Ini kerana ada yang merasakan mempunyai duit sahaja tidak menjamin apa-apa sekiranya seseorang lelaki itu tidak bertanggungjawab.
“Lelaki handsome bila ada tanggungjawab, ada duit tapi tak bertanggungjawab tidak guna juga,” kata salah seorang pengguna.
Video Raffi turut sohor di laman X, di mana rata-rata pengguna di sana turut memberikan pandangan dan pendapat pelbagai mengenai perkara tersebut.
Bukan hanya itu ada juga yang meminta Raffi untuk melakukan pertanyaan sama tetapi kepada kaum lelaki.