fbpx
Now Reading
Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan ia tercabut serta pecah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui apabila berada di jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati.

Bukan hanya itu, sebagai pengguna kita juga perlu mempunyai sifat sabar dan toleransi memandangkan jalan raya digunakan oleh orang ramai.

Meskipun sudah berulang kali nasihat diberikan namun masih ada segelintir daripada pengguna jalan raya yang bertindak melulu tanpa memikirkan kesan di masa panjang atas perkara dilakukan itu.

Penunggang motosikal rosakkan cermin sisi Ativa

Perkara ini sama seperti apa yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal ini apabila melakukan kerosakan ke atas sebuah kenderaan jenis sport utility Vehicle (SUV) Perodua Ativa di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Menerusi video yang tular di laman X, awalnya kelihatan kereta Ativa berwarna putih berkenaan sedang berjalan di lorong kanan.

Namun tidak lama kemudian datang sebuah motosikal berwarna gelap secara tiba-tiba mendekati kereta tersebut dari arah belakang dan bertindak memukul cermin sisi di bahagian kiri kenderaan terbabit.

Cermin sisi Ativa pecah kerana terjatuh di atas jalan

Tindakan penunggang motosikal berkenaan secara tidak langsung telah menyebabkan sisi kereta tersebut terjatuh dan pecah di atas jalan.

Meskipun tiada maklumat lanjut, ada yang percaya bahawa penunggang motosikal berkenaan bertindak sedemikian kerana marah memandangkan selepas insiden, Ativa terbabit dilihat memberikan signal untuk masuk ke laluan tengah.

Menerusi rakaman dashcam yang tular insiden tersebut dipercayai berlaku pada 30 April lalu.

Ramai kecam tindakan penunggang motosikal, sifatkan harga cermin sisi Ativa bukan murah

Melihat di ruangan balas, ramai yang mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit. Malah ada yang mengatakan harga untuk mengganti satu set ‘side mirror’ bukanlah murah dan menganggarkan sekitar RM900 dan ke atas.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat penunggang berkenaan hanya perlu membunyikan hon sebagai tanda amaran ketika insiden berlaku.

Ada juga menyifatkan penunggang motosikal itu bernasib baik kerana sekiranya pemandu seorang yang panas baran tidak mustahil jika dia dihimpit. Ini kerana, kejadian seperti ini sudah berlaku beberapa kali dan tular di media sosial.

Tular Tesla langgar motosikal kerana cuba lakukan tindakan sama

Malah pada hari ini (13 Mei), turut tular tindakan sebuah kereta jenis Tesla yang menghimpit motosikal selepas penunggang dipercayai cuba melakukan tindakan hampir sama pada cermin sisi kenderaan tersebut.

Penunggang motosikal terbabit turut dilihat terjatuh ke atas jalan selepas dihimpit kereta berkenaan.

“Rider di Malaysia kadang rasa mereka lah paling disakiti. Aku yang menunggang hari-hari pun jemu dengan sebilangan rider yang macam ni”

“Nasib dia (penunggang) baik, kalau dapat pemandu yang balas balik, tak pasal-pasal dekat situ juga kena langgar on the spot”

“Itu belum camera 360 lagi, modal (untuk baiki) kasar juga”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.