fbpx
Now Reading
“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila berada di jalan raya, pasti setiap di antara kita pernah melihat penunggang motor membantu menunda motosikal lain yang mengalami masalah.

Antara masalah yang dihadapi seperti kehabisan minyak, motor rosak dan sebagainya. Malah perkara ini menjadi kebiasaan kepada mereka yang bergelar ‘rider’.

Penunggang motosikal bantu tunda kereta MPV

Namun berbeza dengan seorang penunggang motosikal ini apabila dia menjadi perhatian selepas menunda sebuah kereta jenis multi-purpose vehicles (MPV) Toyota Avanza ketika di jalan raya.

Menerusi video dikongsikan oleh pelakon, Syean Mokhtar di TikTok, kelihatan penunggang motosikal terbabit menunda kereta MPV tersebut menggunakan kakinya.

Tunda kereta guna sebelah kaki

Lelaki tersebut meletakkan kaki kanannya di bahagian belakang kereta sebagai salah satu cara untuk mengerakkan kereta yang dipercayai mengalami kerosakan.

Bagi memudahkan pengguna jalan raya lain, kereta tersebut turut menyalakan lampu kecemasan (hazard) untuk memaklumkan situasi yang dialaminya.

Aktor kagum dengan tindakan penunggang motosikal

Syean yang dipercayai berada di belakang kenderaan terbabit bagaimanapun berasa kagum dengan tindakan yang dilakukan oleh penunggang motosikal berkenaan.

“Selalu orang tengok budak motor tolak motor. Ha ini tengok budak motor tolak kereta.

“Tengok sebelah kaki dia tolak kereta rosak. Nampak tak, hebat budak motor ni,” kata Syean dalam video tersebut.

Jelas aktor itu lagi dia pertama kali melihat keadaan tersebut kerana selalunya melihat ia hanya berlaku di kalangan pengguna motosikal.

Perkara itu menjadi sesuatu yang luar biasa kerana umum mengetahui kereta mempunyai saiz yang lebih besar dan berat berbanding motosikal. Namun penunggang berkenaan mampu menunda Avanza tersebut meskipun melakukannya seorang diri.

@syean_77

Biasa motor tunda motor… Ini motor tunda kereta. Apa pun TERBAIK.. #fypシ゚viral🖤tiktok #syeanmokhtar #Respect

♬ original sound – syeanmokhtar77 – syeanmokhtar77

Ramai puji sikap penunggang motosikal

Melihat di ruangan komen ramai yang memuji sikap penunggang motosikal berkenaan.

Malah ada juga yang berpendapat tindakan lelaki itu secara tidak langsung membuka mata pengguna jalan raya lain bahawa tidak semua penunggang mempunyai sikap yang buruk.

Tidak kurang juga ada yang memberi pesanan kepada penunggang motosikal itu untuk menjaga keselamatan diri meskipun sedang membantu pengguna jalan raya yang lain.

Sebagai info, ini bukan video pertama yang tular. Sebelum ini, media sosial turut hangat memperkatakan mengenai sebuah motosikal yang menunda van dan sebuah kereta Perodua Kancil.

“Terbaik dik, budak-budak motor siapa kata mereka tak bagus? Bagus suka tolong orang, buang benda (barang berbahya) atas jalan, tolak kereta, kalau ada kemalangan jaga lalu lintas dan lain-lain”

“Saudara mat (penunggang) motor tunjuk dengan orang kebaikan kita. Mat motor bukan jahat”

“Ni baru betul orang gagah, tunda guna kaki”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.