fbpx
Now Reading
[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak menyimpan dokumen tersebut di rumah ketika keluar bersama rakan-rakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dokumen paling penting bagi rakyat Malaysia adalah kad pengenalan diri yang sah kerana yang sangat diperlukan bagi mengesahkan kewarganegaraan.

Boleh dikatakan hampir semua urusan rasmi akan meminta dokumen kad pengenalan untuk membolehkan segala prosedur berjalan dengan lancar seperti urusan di bank, pembelian kereta, menyewa rumah dan sebagainya.

Jika kad pengenalan anda hilang, ia perlu segera dilaporkan kepada pihak polis kerana bimbang sekiranya disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Lelaki Ini Dipenjara Sehari Kerana Tidak Bawa Kad Pengenalan

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@thejokerchu), seorang lelaki menceritakan pengalamannya ditahan di sebuah pusat membeli-belah di Klang, Selangor kerana tidak membawa kad pengenalan diri.

Jelasnya, kejadian yang berlaku ketika dia berumur 16 tahun itu terjadi selepas dia kehilangan kad pengenalan dan diberikan IC sementara yang berupa sekeping kertas.

Namun disebabkan mahu mengelakkan kertas berkenaan menjadi semakin buruk, jadi lelaki tersebut membuat keputusan untuk menyimpan IC sementara itu di rumah sahaja ketika keluar berjalan dengan rakan-rakannya.

Nak dijadikan cerita, sekumpulan anggota polis pula sedang membuat pemeriksaan dan menahan sekumpulan warga asing di lokasi kunjungannya.

Sumber: TikTok @thejokerchu

Namun secara tiba-tiba, dia juga diminta untuk ke tepi bagi tujuan pemeriksaan sebelum menyedari dia tidak membawa kad pengenalan sementara yang disimpan di rumah.

Disebabkan tidak mempunyai bukti sah sebagai warganegara Malaysia, pemuda itu turut ditahan bersama warga asing yang lain ke balai polis.

Ada polis minta IC tapi aku tak bawa masa tu. Tak banyak cerita, aku pun kena gari sekali. Tapi member aku lepas sebab dia bawa IC. Aku suruh dia bagitahu bapa aku.

Pengguna TikTok.

Lelaki berkenaan kemudiannya telah ditahan di lokap selama empat hari sebelum dibicarakan di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara selama satu hari.

Aku cakap tuan hakim saya janji saya tak buat lagi dan akan bawa IC pergi mana-mana. Hakim ketuk tukul, dia kata penjara sehari. Orang sebelah pula kata jangan risau sebab sehari penjara tu duduk mahkamah je. Duduk sampai pukul 4 lepastu itu boleh balik.

Pengguna TikTok.

Selepas selesai dengan hukuman penjara, lelaki itu mendedahkan dia dimandikan dengan air limau oleh ahli keluarganya di rumah dan pakaian yang dipakai di lokap turut dibuang.

Katanya memang itu tradisi orang dulu apabila ditangkap oleh pihak polis.

Di akhir video, pengguna TikTok berkenaan menasihati orang ramai untuk sentiasa membawa kad pengenalan setiap kali keluar kerana bimbang akan berdepan hukuman sepertinya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 715,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Dedah Pernah Kena Perkara Hampir Sama

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas menonton video berkenaan.

Ada yang katanya pertama kali mendengar pengalaman yang berlaku kepada pengguna TikTok itu.

Namun, beberapa netizen pula berkata mereka juga pernah pernah situasi hampir sama kerana tidak membawa kad pengenalan diri sehingga menyebabkan mereka sudah serik sekiranya kejadian tersebut berulang lagi.

“Saya kena saman IC takde bayar RM1,500. Saya tak ada duit pergi jumpa YB tempat saya untuk mohon dapat harga murah buat IC. Alhamdulillah dapat RM300. Sekarang IC ada pada saya. Serik,” ujar netizen.

Sumber: TikTok @thejokerchu

Boleh Kena Tahan Kalau Tak Bawa Kad Pengenalan

Sebagai info, kad pengenalan wajib dibawa bersama oleh setiap rakyat Malaysia pada setiap masa.

Menurut bekas Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri boleh ditahan oleh pihak polis.

“Kegagalan mana-mana individu mengemukakan dokumen pengenalan diri ketika diperiksa oleh pihak polis adalah satu kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(n) PPPN 1990,” ujar Acryl Sani.

Individu yang didapati bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Didenda RM8,000, Gara-Gara Tak Bawa Kad Pengenalan

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Pengawal Keselamatan Simpan IC Kita? Dengar Penjelasan Peguam Ini [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.