fbpx
Now Reading
Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum lagi memberi kata putus pada ketika itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi kebanyakan individu, kereta menjadi pengangkutan utama yang digunakan dalam kehidupan.

Ia memudahkan pergerakan seseorang itu untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Namun, tidak semua orang memiliki kenderaan tersebut. Jika ada sekalipun, mungkin ia tidak sesuai untuk digunakan untuk perjalanan yang jauh.

Oleh sebab itu, ada segelintir individu memilih untuk menyewa atau meminjam kereta terutama dari keluarga terdekat.

Anak Buat Slaid Pembentangan, Mohon Keizinan Guna Kereta Ibu

Turut menghadapi perkara yang sama, seorang wanita berkongsi kisah anak perempuannya yang sanggup menyediakan slaid pembentangan (slide presentation) atau kertas kerja gara-gara mahu meminjam kereta miliknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @iamctwan, kelihatan anaknya yang dikenali sebagai Nana sedang membuat pembentangan kepada wanita berkenaan bagi meminjam kenderaannya itu untuk ke Teluk Kemang, Port Dickson.

Apa yang menjadi perhatian adalah usaha anaknya dalam menyediakan slaid pembentangan tersebut.

Kecantikan kertas kerja yang dihasilkan dilihat seolah-olah mahu membuat pembentangan di hadapan pensyarah itu juga turut menarik perhatian.

Malah, isi kandungannya yang mengandungi perincian maklumat seperti tarikh, masa, jarak perjalanan, senarai penumpang dan sebab mahu menggunakan kereta turut dibentangkan dalam pembentangan itu.

Walaupun telah mempunyai kereta sendiri jenis Perodua Axia, anak wanita berkenaan mahu menggunakan kereta miliknya pergi ke Teluk Kemang, Port Dickson atas alasan keretanya mempunyai penghawa dingin yang sejuk dan selesa.

Video Sekadar Throwback, Dah Beri Kebenaran Kepada Anak

Menurut wanita yang dikenali sebagai Wan itu, video berkenaan dikongsikan hanya sekadar mengimbau kembali usaha anaknya yang mahu meminjam kereta.

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum lagi memberi kata putus pada ketika itu.

“Throwback je. Sebelum ini dia cakap-cakap macam tu je tapi mama banyak soal.

“Ini kali dia main slide pula ye. Good job bebegurl (baby girl). Betul-betul nampak kesungguhan nak pinjam tu.

“Kalau tak bagi, kesian pulakan. Lepas ni kalau dia buat slaid macam tu, pasti mama pun akan reply (balas) dan present (bentang) by slaid also,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, wanita itu turut menjelaskan dia telah membenarkan anak perempuannya untuk menggunakan kereta tersebut dengan izin suami.

@iamctwan

trobek jer.. sebelum ni dia cakap² mcm tu jer..tp mama byk soal.. ini kali dia main slide plak ye..goodjob bebegurl betul² nampak kesungguhan nk pinjam tu😅lau tk bagi ..kesian plakkan..huhu lepas ni kalau dia buat slide mcm tu.. pasti mama pun akan reply n present by slide also..😆 #anakbaiklagicerdik #gurlstory #berandatiktok

♬ original sound – iamctwan – iamctwan

Warganet Kagum, Ada Yang Kongsi Pengalaman Sama

Video yang telah mendapat lebih 480 ribu tontonan nyata mengundang perhatian warganet. Kebanyakannya kagum melihat usaha keras anak wanita berkenaan dalam menyakinkan ibunya untuk memberi kebenaran menggunakan kereta.

Ada juga yang berkongsikan pengalaman sama menyediakan slaid kepada ibu bapa bagi memohon keizinan mereka untuk mendapat atau melakukan sesuatu.

Berikut antara komen warganet:

“Saya Pernah Buat Pembentangan Kertas Kerja Nak Pergi Thailand Dekat Ayah”

“Kalau Tak Approve, Kena Buat Surat Rayuanlah Lepas Ni”

“Bagi Je, Dah Ada Effort Buat Presentation Tu”

“Masih Tak Cukup Ni, Isi Dah Ada, Huraian Tak Lengkap, Kesimpulan Tak Lengkap”

“Power Pembentangan Ni, Keputusan: Dipertimbangkan Dengan Syarat”

Baca Artikel Berkaitan: Kancil Selalu Rosak & Berhenti Tengah Jalan, Anak Buat Kejutan Beli Kereta Baharu Untuk Ibu Bapa [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.