“Nak Try Je, Kawan Cakap Lepas” – Tular Wanita Didakwa Edit Resit, Cuba Tipu Peniaga Pasar Malam
Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang rakannya berkata cara penipuan tersebut boleh terlepas daripada diketahui oleh peniaga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini, pelbagai isu penipuan atau scam mengenai pembayaran mahupun pembelian yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan.
Jika sebelum ini, tular di media sosial seorang usahawan dan influencer ditipu oleh pasangan suami isteri penghantar makanan dengan cara menyunting dan memberi resit palsu sehingga peniaga nasi Pakistan itu kerugian lebih RM200,000.
Tular wanita ditahan peniaga pasar malam, kantoi scam edit resit
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video seorang wanita didakwa menggunakan teknik yang sama untuk menipu beberapa peniaga di sebuah pasar malam dipercayai di Sungai Petani, Kedah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aryssaaddena, peniaga terbabit berkata bagaimanapun dia sempat menyedari tentang penipuan itu dan menahan wanita berkenaan bersama seorang lagi rakan lelakinya.
Buat pembayaran RM0.01 tapi edit resit letak jumlah sebenar
Menurutnya, wanita itu dikatakan membuat pembayaran secara dalam talian sebanyak RM0.01 sahaja dan kemudian menyunting resit dengan jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar.
“Hampa (korang) peniaga hati-hati, pastikan resit semak. Nasib baik saya tergerak hati nak semak, nasib kantoi depa (mereka) tak sempat nak tipu lagi dua kedai jam sebab saya sempat pergi sergah.
“Kalau terlepas tadi tidur tak lena saya, dah lah meniaga jatuh teruk sekarang ini,” tulisnya di dalam video.
Akui ingin scam peniaga, siap ada group scammer yang guna taktik sama
Wanita terbabit akhirnya mengakui tentang penipuan yang dilakukannya itu selain menyatakan taktik scam terbabit mempunyai kumpulan tersendiri.
Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang rakannya berkata cara penipuan tersebut boleh terlepas daripada diketahui oleh peniaga.
Akui kesilapan, siap buat penjelasan video barangan dicuri telah dibayar dan dipulangkan
Menerusi satu hantaran video penjelasan yang dibuat oleh wanita terbabit, dia mengakui akan kesalahannya dan menyatakan telah membayar dan memulangkan barang-barangan berkenaan.
Dia pada masa sama turut mendakwa telah mengarahkan peniaga terbabit untuk memadam rakaman tersebut yang kemudiannya tetap dimuat naik ke dalam TikTok.
“Semua orang tak pernah lepas dari buat silap kan, jangan lah dengar sebelah pihak lagipun di tempat kejadian saya sahaja yang tahu apa jadi dan saya dah mintak maaf.
“Tapi akhirnya boleh lagi dia (peniaga) buat side income pahala untuk saya sebab post video tak penuh dan muka saya tak ‘blur’,” tulisnya di kapsyen.
Wanita terbabit bagaimanapun menutup ruangan komen di dalam video penjelasannya.