fbpx
Now Reading
Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang sudah lama sebelum membuat keputusan membuat pemeriksaan selepas tamat SPM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kesihatan merupakan sesuatu nikmat yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap hambanya.

Oleh itu, sebagai seorang manusia kita dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan sekiranya sakit perlu untuk kita mencari penawarnya.

Walau bagaimanapun, sakit yang datang kebiasaannya merupakan sesuatu yang datang tanpa diduga sebagai contoh mereka yang menghidap kanser.

Pemuda kongsi kisah disahkan hidap kanser

Baru-baru ini, seorang pemuda yang dikenali sebagai Shahfiq telah berkongsi kisahnya selepas didiagnos menghidap sakit kanser dipercayai di bahagian paru-paru selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jelas Shahfiq, sebelum ini dia ada mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang namun mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan lanjut selepas tamat peperiksaan subjek Biologi.

“Aku mengalami rasa sakit untuk satu tempoh yang sangat lama tapi aku bertahan. Sebab aku nak jawab SPM,” katanya dalam satu video di TikTok.

Paru-paru bahagian kanan kelihatan abnormal sebelum buat biopsi

Menurut Shahfiq, dia telah berkunjung ke sebuah hospital di Putrajaya untuk membuat pemeriksaan dan hasil imbasan x-ray menunjukkan terdapat warna kelabu di paru-paru sebelah kanan manakala di bahagian kiri kelihatan normal.

Sebaik keputusan x-ray itu keluar, Shahfiq kemudian dimasukkan ke dalam wad isolasi kerana doktor memaklumkan terdapat dua kemungkinan sama ada dia menghidap Tuberculosis (TB) atau kanser.

“Lepas aku masuk wad tu, aku dapat tarikh untuk buat biopsi paru-paru (lung biopsy). Lung biopsy ni kalau korang nak tahu di ada satu benda, trochar (seperti jarum) dia sangat panjang.

“Dia akan cucuk macam masuk dari kawasan ini (menunjukkan sisi dada di bawah ketiak) kemudian dia akan tembak untuk mendapatkan sampel paru-paru,” jelasnya.

Menurut pemuda itu, dia juga menerima bius sebelum proses biopsi itu dilakukan dan menyifatkan proses tersebut rasa ngilu dan bersyukur dapat bertahan kerana ingin cepat sihat.

Sukar tidur kerana tulang belakang sakit

Sebelum mendapat keputusan biopsi tersebut, Shahfiq menyifatkan dia sukar untuk tidur disebabkan rasa sakit yang teramat sangat pada bahagian tulang belakang.

Malah kesakitan dialaminya itu membuatkan dia kerap terjaga dari tidur sehingga membuatkan dia pergi semula ke hospital sebelum dimasukkan ke Institut Endokrin sebelum mengalami muka bengkak.

Ujar pemuda itu, pada awalnya doktor tidak memaklumkan kepadanya bahawa keputusan biopsi tersebut adalah kanser.

Terkejut selepas mengetahui diri disahkan hidap kanser

Shahfiq hanya mengetahui dirinya disahkan menghidap sakit kanser selepas doktor memintanya bersiap untuk dihantar ke Institut Kanser Negara (IKN). Perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia terkejut kerana ia merupakan satu berita yang besar buatnya.

Dia kemudian dibawa ke IKN menggunakan ambulans dan menyifatkan ia satu pengalaman yang menarik.

“Best tau naik ambulans tu, dekat saja daripada Endokrin ke IKN. Tapi seronok sebab dia laju sangat. Tapi dia tak pasang (siren), ia buat aku rasa macam naik kereta lumba.”

Buat rawatan Emergency Chemo sebaik masuk ke IKN

Sebaik sahaja masuk ke IKN dia kemudian perlu menjalani rawatan kemoterapi kecemasan (emergency chemo). Shahfiq menyatakan dia sangat bersyukur kerana aturan Allah SWT buatnya adalah terbaik.

Malah pemuda itu mengakui cepat merasa mengah seolah-olah terlalu penat meskipun hanya berjalan dari katil ke tandas pada jarak yang dekat untuk mengambil wuduk.

“Paling teruk aku kena infection, masa tu aku perlu mendapatkan antibiotik semasa sedang menjalani kemoterapi. Doktor aku sendiri cakap yang benda tu bahaya dan sangat berisiko.

“Tapi alhamdulillah, selepas kemo yang pertama aku terus macam biasa dan sangat gembira serta bersyukur pada waktu itu,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, Shahfiq turut memaklumkan dia kini telah masuk kemoterapi pusingan ke tiga.

Orang ramai turut mendoakan agar Shahfiq kembali sihat seperti sedia kali dan diberikan kekuatan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan situasi sama.

“Kekal kuat bro, saya juga pejuang kanser (Hodgkin Lymphoma) tahap 4 dan dah buat 17 pusingan kimoterapi, 25 radioterapi, dan pemindahan sum-sum tulang..”

“Semoga Tuhan tarik segala kesakitan awak dan semoga cepat sihat”

“Semoga semua urusan awak dipermudahkan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.