
Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]
Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain dalam keadaan yang tenang sambil makan dan borak santai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia pastinya ingin menyempurnakan kehidupan bahagia bersama pasangan yang dicintai.
Malah di era moden ini, ramai yang mencari pasangan atau jodoh menerusi pelbagai cara antaranya adalah melalui aplikasi temu janji (dating applications), media sosial dan banyak lagi.
Bukan hanya itu, ada juga yang mengadakan program khas buat mereka yang masih bujang untuk mencari jodoh dengan cara berjumpa, berbual untuk mengenali antara satu sama lain.
Program cari jodoh di kafe, peserta lepak santai sambil berkenalan
Perkara sama turut dilakukan oleh Pertama Kali yang menganjurkan program cari jodoh yang dipanggil ‘speed dating’ di kafe.
Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan peserta wanita dan lelaki yang menyertai program tersebut pada 10 Mei lalu rancak berbual mungkin sedang mengenali antara satu sama lain.
Malah konsep makan sambil berbual santai di kafe itu juga dilihat memberikan peserta peluang untuk berkenalan dalam keadaan yang tenang.
Siap bagi soalan cadangan elak rasa gentar dan janggal
Maklumlah pertemuan awal kebiasaannya ramai yang malu kerana belum mengenali antara satu sama lain. Namun bila ada program yang berkonsep seperti ini ia secara tidak langsung membuatkan peserta tidak terlalu ‘awkward’ memandangkan orang di sekeliling juga mempunyai tujuan yang sama.
Bukan hanya itu, difahamkan ketika program berlangsung setiap peserta diberikan masa memperkenalkan diri sebelum peserta lelaki bertukar tempat duduk untuk mengenali ahli yang lain.
Malah pihak penganjur turut menyediakan beberapa senarai soalan yang mungkin dapat membantu peserta sepanjang proses pengenalan berlangsung.
Menerusi carian kami, untuk menyertai program tersebut peserta perlu membeli tiket yang bernilai RM120 dan terbuka kepada mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun sahaja.
Bukan hanya itu, program ini difahamkan akan diadakan lagi pada 25 dan 26 Mei ini. Bagi yang berminat anda boleh menghubungi Pertama Kali secara terus untuk maklumat lanjut.
@pertama.kali Would you try Speed Dating? 🤔 Some moments from our last event! DM us to book your seat for our next event. #speeddating #datinginkl
♬ First Love – Fuse Adventures in Audio x Chris
Ramai berminat dan suka konsep makan dan borak santai
Melihat di ruangan komen, ramai yang berminat untuk turut menyertai program cari jodoh tersebut.
Malah ada juga meminta agar program tersebut turut diadakan di negeri lain seperti Johor.
“Macam ujian bertutur, tapi saya suka konsepnya”

“Johor tak ada ke event ni?”

“Dia macam tempat cari jodoh sambil borak minum-minum ke? Lepas borak pergi borak dengan orang lain pula?”
