Tersenarai Dalam ‘Blockout’, Nadhir Nasar Mohon Maaf & Beri Penjelasan
Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang serta potensi dikenakan tindakan undang-undang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial senarai nama selebriti dan juga influencer yang diboikot selepas mereka didakwa tidak memberikan sokongan kepada saudara Palestin.
Seruan ‘blockout’ yang berlaku di Malaysia itu selepas netizen mendakwa segelintir dari mereka mempromosi atau membeli barangan produk pro-Zionis.
Menerusi senarai tersebut terdapat puluhan nama selebriti dan influencer termasuklah pelakon yang sedang meningkat naik, Nadhir Nasar.
Nadhir Nasar mohon maaf, jelaskan mengenai dakwaan promosi jenama pro-zionis
Sedar akan perkara yang sedang hangat di media sosial, aktor itu kemudian tampil memohon maaf serta menjelaskan salah faham terhadap dakwaan dia mempromosikan jenama pro-Zionis.
Menurut Nadhir penjanjian kontrak bersama beberapa jenama terbabit telah dibuat setahun yang lalu dan usaha untuk menamatkan kontrak akan memberi pelbagai impak.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Netizen mempunyai hak untuk bersuara dan impak terbabit sangat besar, percayalah.
“Keputusan saya untuk bekerjasama dengan beberapa jenama pada ketika itu berdasarkan komitmen ikhlas untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.
“Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang dikemukakan adalah penting untuk saya teruskan komitmen kontrak saya dengan mereka.
“Usaha menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh kontrak akan memberi impak seperti denda, penalti wang dan potensi dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya.
Ambil serius maklum balas dari peminat
Kata Nadhir lagi kesannya tidak hanya melibatkan dirinya sebaliknya turut membabitkan individu lain dalam kerjasama tersebut.
Dia bagaimanapun mengambil serius terhadap maklum balas daripada peminat berhubung perkara itu.
Perkara itu dijelaskan oleh Nadhir menerusi satu hantaran di X yang memaklumkan dia faham kekecewaan dialami orang ramai berhubung isu tersebut.
“Saya memahami kebimbangan dan faham awak kecewa, sama seperti saya dan rakan-rakan selebriti yang lain atas apa yang berlaku. Saya percaya bukan saya sahaja malah rakan-rakan artis yang lain juga sudah usaha.”
Ujarnya dia juga akan terus berkongsi kepada komuniti dengan menggunakan platformnya untuk terus mempromosikan positiviti dan perubahan sosial.
Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain.
— nadhir 🇵🇸 (@NadhirNasar) May 12, 2024
Citizen of the net, you have the right to speak & your impact is big. Trust me. #PalestineWillBeFree 🇵🇸 pic.twitter.com/WEtVDar59B
Melihat di ruangan balas, ada yang berterima kasih atas penjelasan yang diberikan dan berharap agar pelakon High Council itu terus menyebarkan kesedaran mengenai Palestin.