“All Eyes On Rafah, Who’s That?” – Ning Baizura Teruk Dikecam, Didakwa Tak Cakna Isu Di Palestin [Video]
Ning Baizura mempersoalkan tentang perkara berkenaan selepas salah seorang pengikutnya memberi komen ‘all eyes on Rafah’ di siaran langsung Instagram milik penyanyi itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sedar tak sedar, sudah lebih 200 hari konflik Palestin-Israel sejak ia mula tercetus pada 7 Oktober 2023 selepas pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut sebelum askar rejim Zionis menyerang semula secara berterusan.
Bagaimanapun, konflik ini bukanlah yang pertama kali berlaku, bahkan sebelum ini berdekad lamanya penduduk di Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza telah ditindas secara kejam oleh tentera Israel.
‘All eyes on Rafah’ tersebar meluas di internet, selepas Rafah dibom rejim Zionis
Pada 6 Mei lalu, tentera penceroboh itu turut mengebom kawasan Rafah yang sepatutnya menjadi lokasi selamat buat rakyat Palestin selepas dihalau dari tempat tinggal mereka sekaligus mendapat perhatian serata dunia dengan kempen ‘All eyes on Rafah’ tersebar luas di dalam media sosial.
Pun begitu, masih ada individu yang seakan tidak mengambil tahu tentang isu terbabit dan memilih untuk berdiam diri.
Ning Baizuri didakwa tak tahu tentang ‘all eyes on Rafah’
Terbaharu, penyanyi Ning Baizura turut menerima kecaman ramai selepas didakwa tidak cakna tentang apa yang berlaku di Rafah.
Menerusi perkongsian klip rakaman live yang dimuat naik di akaun X @arxxxxmand, Ning dilihat menyoalkan tentang siapa itu ‘all eyes on Rafah’ kepada pengikutnya di Instagram semasa sedang bersiaran langsung (IG live).
“All eyes on Rafah, who’s that?” soal Ning kepada pengikutnya selepas individu berkenaan meninggalkan komen tersebut di siaran langsung itu.
Dia secara bersahaja kemudiannya meminta maaf dan hanya ketawa. Reaksi yang diberikan Ning kemudiannya disifatkan oleh netizen seolah dia tidak tahu sama ada Rafah adalah nama tempat atau manusia.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada persoalan ‘who’s that?’ oleh Ning adalah mengenai siapa yang memberi komen tersebut atau isu apa yang berlaku di Rafah.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
Netizen kecam Ning Baizura, namun ada juga yang ‘backup’
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam Ning Baizura kerana didakwa tidak mengetahui tentang isu yang sedang berlaku di Rafah sedangkan pada masa kini segala maklumat ada di hujung jari.
Segelintir netizen pula berpendapat Ning tidak sepatutnya dikecam sekiranya tidak mengetahui tentang perkara itu kerana berkemungkinan beliau bukanlah seorang yang sering melayari sosial media dan kurang pendedahan mengenainya.
Banyak artis tempatan & antarabangsa diboikot dalam gerakan ‘Blockout 2024’
Sebelum ini, beberapa artis Malaysia dan antarabangsa telah diboikot di dalam satu gerakan ‘Blockout 2024’. Gerakan yang bermula secara besar-besaran di Amerika Syarikat itu kini telah tersebar di serata dunia.
Aktiviti blockout tercetus apabila netizen memboikot kesemua selebriti atau pempengaruh yang tidak menunjukkan solidariti atau membantu rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa di tanah air mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]
Berikut komen yang diberikan netizen X terhadap Ning Baizura:
So memang tak pernah ambil tahu la ? Sebab memang too obvious sangat dah ni
— hafizkenny 🏴🇲🇾 (@hafizkenny) May 14, 2024
Maklumat dihujung jari
— Sam (@MrSam1908) May 14, 2024
Nak tahu atau taknak je
Dia pilih utk jadi selek / ignorant sebab mcm kebanyakkan kita berbuat yg sama. Sehinggalah ada ISU yg ada kesan langsung kepada income/popularity then dia baru mengelinjat
Done masuk #blockout2024 list
Malu jela kat bangsa lain Overseas yg sanggup berjuang lawan bagi sokongan utk palestine..kau yg islam melayu camni..aiyoooo tak tahu la nak ckp apa..lantak kau la..urban sgt kan
— 🌵 (@choccoldfoam) May 14, 2024
dia jenis workaholics ning ni, logic la dia x perasan pasal rafah, palestin, dan blockout2024 skrg. tak perlu kot nk hentam dia, org bz mmg x dpt fikir benda lain. org yg mcm kita semua je jenis acah2 cakna semua perkara. biar lah dia dgn kerja dia…kita fokus doa kita utk rafah
— Lelaki_sedap (@fauzie1995) May 14, 2024
We cant blame people for not knowing, we have to educate.
— randomstg (@randomstg) May 14, 2024
I pun tahu abt Rafah from socmed. And none of my circle of friends chatting/talking abt this irl.
Boleh jadi dia jenis tak scroll socmed? And guna as medium for her career je.