fbpx
Now Reading
“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

“Antara 2 Darjat” – 2 Golongan Ini Mandi-manda Pada Waktu Sama Buat Ramai Tersentuh Hati [Video]

Video itu membuktikan bahawa kebahagiaan bukan hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, bahkan mereka yang hidup serba kekurangan juga mampu bahagia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, kita harus percaya bahawa rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu sangat luas dan datang dengan pelbagai cara, bukan hanya wang ringit semata-mata.

Tidak hanya itu, setiap perkara yang ditakdirkan oleh Allah SWT di muka bumi ini, pasti ada hikmah di sebaliknya yang kita sedari atau tidak dan ketahui atau tidak.

Sebagai contoh, Allah menjadikan dalam hidup manusia ada orang yang miskin dan kaya, namun ujian yang dilalui pastinya berbeza-beza.

Video situasi berbeza 2 golongan mandi-manda

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan situasi berbeza dua golongan yang sedang berhibur pada waktu yang sama sekaligus berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @iqbalnaldo, rakaman yang diambil dari sudut atas sebuah bangunan itu memaparkan sekumpulan individu yang sedang bermandi-manda di kolam renang sebuah hotel mewah.

Tiga kanak-kanak mandi sungai berdekatan kolam renang hotel mewah

Bagaimanapun, ketika kamera dialihkan sedikit ke bawah, terlihat pula beberapa kanak-kanak yang juga sedang bermandi-mandi di sebuah sungai yang tidak jauh daripada hotel tersebut.

Video tersebut membuktikan bahawa kebahagiaan tidak hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya sahaja, sebaliknya mereka yang hidup serba kekurangan juga mampu mengecapinya.

@iqbalnaldo

Jangan lupa bersyukur. Terkadang hidup yang kau keluhkan adalah hidup orang lain inginkan 🙂

♬ Very Sad – Enchan

Ramai tersentuh hati, siap titip doa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tersentuh hati melihat situasi tersebut selain menyatakan mereka turut mempelajari tentang erti bersyukur.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat kelak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.