Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji suaminya pada awal kehamilan yang ketiga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk peribadi anak agar menjadi insan yang berguna dalam kehidupan.
Selain itu, mereka juga berperanan menjadi pelindung utama buat anak-anak daripada perkara yang tidak baik.
Namun sejak akhir-akhir ini, sering kali kedengaran berita yang kurang enak melibatkan ibu bapa dan anak khususnya kes seksual yang dilakukan oleh bapa kandung sendiri.
Nekad Gugurkan Kandungan Ketiga Selepas Tahu Suami Pedofilia
Terbaharu, gara-gara tidak mahu anak dalam kandungan mengalami nasib yang sama seperti cahaya mata sulungnya, seorang wanita nekad menggugurkan kandungan selepas mengetahui suaminya seorang Pedofilia.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @zayan.my, wanita yang dikenali sebagai Nur mendedahkan perkara tersebut melalui panggilan yang dibuat dalam Segmen Sembang Deep Bersama Fynn Jamal.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji suaminya pada awal kehamilan.
“Pada penghujung tahun 2021, saya disahkan mengandung anak ketiga. Dalam penghujung tahun yang sama, berlaku trauma yang besar dalam hidup saya yang mana anak pertama saya bagitahu sesuatu perkara yang mengejutkan saya.
“Yang mana saya dapat tahu suami saya seorang Pedofilia,” katanya.
Tidak menyangka perkara itu berlaku kepada anak perempuannya, Nur mengakui sangat tertekan dan trauma dengan apa yang berlaku kepada anaknya.
“Bila saya dapat tahu saya mengandung, saya sangat-sangat tak boleh terima keadaan itu. Disebabkan trauma yang besar itu, saya ambil keputusan untuk tak nak anak dah.
“Saya jumpa dengan doktor saya untuk minta nasihat, doktor saya memang consult saya dari zaman sebelum saya kahwin sampai dah ada anak. Jadi, doktor saya nasihatkan untuk gugurkan anak tu.
“Saya takut anak yang saya kandungkan itu lalui seperti kakak dan abang dia lalui,” jelas Nur lagi.
Masih Bersama Sehingga Kini, Suami Buat Rawatan Di Hospital
Namun, apa yang mengejutkan adalah dia masih tinggal bersama suaminya itu sehingga kini. Bagi Nur, suaminya seorang yang baik dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab.
“Bila berlaku masalah macam ini, saya bersetuju dengan keluarga untuk suami buat rawatan di hospital, memang nampak perubahan tapi saya trauma.” katanya.
Mohon Wanita Fikirkan Trauma Yang Dihadapi Oleh Anak
Terkejut dengan keputusan yang diambil oleh wanita itu, penyanyi dan penyampai radio Zayan Fynn Jamal memohon agar wanita berkenaan berfikir tentang perasaan anaknya yang menjadi mangsa bapa kandung sendiri.
“Akak (Fynn) faham Nur nak bagi peluang kepada suami, akak faham sangat. Akak nak cakap dari segi sosiologi.
“Nur, awak sebelahkan suami awak tapi pernah awak tanya kepada anak awak? Dia terpaksa lihat muka bapa dia,” tanya Fynn kepada wanita itu.
Jelas Fynn lagi, seorang ibu sepatutnya menyebelahi anak berbanding suami sendiri kerana mangsa boleh menghadapi trauma kesan daripada perbuatan terkutuk itu.
“Untuk semua perempuan di luar sana. Pilih anak kita. Ye, betul kita bagi peluang kepada suami untuk berubah, tapi kita jangan lupa trauma mangsa.
“Kita ni kalau kawan tikam belakang pun kita tak nak tengok muka kawan kita tu, bayangkan kena serangan seksual oleh bapa sendiri, figura yang sepatutnya melindungi kita,” kata Fynn lagi.
Jelas Fynn, mangsa serangan seksual boleh berhadapan dengan masalah yang lain seperti isu identiti seperti kurang keyakinan diri.
Tambahnya lagi, dia memahami sikap segelintir wanita yang enggan keluar dari kemelut tersebut atas beberapa faktor seperti faktor kewangan dan sokongan keluarga.
“Tapi ada banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sediakan bantuan untuk ibu-ibu sebegini.
“Memang susah untuk keluar dari benda biasa tapi pilih anak kita,” terangnya lagi.
Video Raih Perhatian Warganet
Video yang dikongsikan itu nyata menarik perhatian warganet. Mengintai ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa anak perempuan Nur. Bagi mereka, Nur seharusnya memilih anak berbanding suaminya itu.
Malah, ada yang turut meminta stesen radio tersebut berkongsikan maklumat peribadi Nur untuk menghulurkan bantuan.
Berikut antara komen warganet:
“Sebenarnya Isteri ‘In Denial State’, Dia Masih Tak Terima Kenyataan Suaminya Begitu”
“Kalau Aku, Aku Pilih Anak Dari Suami, Kesian Dekat Anak”
“Entahlah, Anak Perempuan Dah Bagitahu, Ibu Tetap Nak Pertahankan Suami”
“Situasi Macam Ni Dah Layak Untuk Bercerai”
“Stop Rasa Takut Nak Cerai Sebab Hilang Financial Support, Anak Perempuan Tu Kak”
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Emak Emak Rasa Bila Tengok Budak Umur 13 Tahun Kendung Anak?”
Baca Artikel Berkaitan: “Pregnant Pun Tak Selamat” – Lelaki Warga Emas Kantoi Rakam Gambar & Video Wanita Mengandung [Video]