fbpx
Now Reading
Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Apa Hukum Orang Islam Tak Peduli Hal Negara Seagama Yang Ditindas, Ini Respon UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan antara satu sama lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada ketika ini, kebanyakan orang di serata dunia sudah mula membuka mata dan menyedari tentang kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah Semenanjung Gaza.

Maka, tidak hairanlah jika sekarang ini pelbagai kempen dan gerakan yang dilakukan untuk memboikot jenama-jenama dan para selebriti yang menyokong rejim Zionis serta tidak menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Terbaharu, tular pula gerakan ‘Blockout 2024’ yang bermula secara besar-besaran di Amerika Syarikat (AS) dan kini telah tersebar di serata dunia.

Pun begitu, masih ada umat Islam yang seakan tidak mengambil tahu tentang isu terbabit dan memilih untuk berdiam diri.

Bukan Islam kalau tak ambil peduli nasib saudara seagama yang ditindas

Pendakwah Selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, seorang Muslim itu bukanlah benar-benar Islam sekiranya tidak ingin mengambil tahu terhadap nasib umat Islam di negara lain seperti Palestin yang sedang ditindas.

“Orang Islam yang tak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku terhadap orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kumpulan orang Islam,” katanya.

Umat Islam perlu hidup secara bersaudara

Menurutnya, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan antara satu sama lain.

“Orang Islam di Mauritania takda al-Quran, kita hadiahkan al-Quran. Umat Islam di Somalia dan Sudan takda duit nak makan, kita hantar duit biar dia beli beras supaya boleh makan.

“Umat Islam di Palestin atau di mana-mana pun dizalimi, kita berdoa di Malaysia agar Allah berikan pertolongan,” katanya lagi.

Berdosa jika tak ambil tahu kemelut di Palestin

Sebelum ini, pendakwah dan pempengaruh, Ustaz Adnin Roslan menjelaskan berdosa jika umat Islam tidak mengambil tahu tentang kemelut yang mengancam negara Islam seperti di Palestin.

Kata beliau, mengambil tahu tentang peristiwa yang terjadi di Palestin bukan sekadar membabitkan isu kemanusia tetapi juga akidah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.