“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perhilitan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia merupakan antara haiwan yang semakin diancam kepupusan susulan aktiviti penerokaan hutan yang berlaku.
Haiwan terbabit yang juga dikenali sebagai harimau belang merupakan subspesies harimau yang kini populasinya dianggarkan hanya tinggal sekitar 200 ekor sahaja.
Pasti sedih sekiranya ia terus berkurang hari demi hari sehingga akhirnya boleh menyebabkan kepupusan sepenuhnya di negara ini.
Tular harimau belang maut dirempuh kereta di lebuhraya
Baru-baru ini, tular di media sosial seekor harimau belang mati selepas dirempuh kereta semasa haiwan itu melintas di sebuah lebuh raya berhampiran Lentang, Bentong, Pahang.
Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang.
Tular video harimau belang mati terbaring, siap ada rakaman dashcam ketika dilanggar
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X @WhyBeLiberal, kelihatan harimau terbabit dalam keadaan terbaring di tengah lebuh raya dengan kesan darah di bahagian kepalanya.
Dalam hantaran video yang dimuat naik di akaun X @MALAYSIAVIRALLL pula, terdapat rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan saat harimau belang itu dilanggar.
Sedihnya. Dikatakan mati akibat dilanggar di Lentang, Highway Karak malam semalam. pic.twitter.com/fnP9sjb9hs
— YB Liberal 🇲🇾 (@WhyBeLiberal) May 16, 2024
Langgar harimau kat Bentong. Harimau mati kereta owner rosak teruk. Harap kerajaan pahang boleh letak signboard "kawasan haiwan liar melintas". Sayang sangat sebab harimau dah makin pupus. pic.twitter.com/RdsNsWOuaV
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 16, 2024
Sementara itu, memetik Harian Metro, Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 4 pagi tadi.
Harimau belang yang maut dianggarkan berusia lebih lima tahun
Menurutnya, harimau belang dewasa itu dianggar berusia lebih lima tahun berdasarkan saiz tubuh haiwan berkenaan.
“Pihak Perhilitan berada di lokasi untuk menjalankan siasatan terhadap punca insiden dan jantina. Bangkai harimau belang itu akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai, Perak untuk tindakan lanjut.
“Difahamkan masih terdapat harimau belang mendiami hutan simpan berhampiran lokasi kejadian. Insiden ini amat mendukakan berikutan bilangan harimau belang di negara ini yang semakin berkurangan,” katanya.
Netizen pakat sedih, khazanah negara semakin berkurang
Ruangan komen di laman X pula menunjukkan rata-rata pengguna media sosial berasa sedih dengan kehilangan salah satu khazanah negara itu yang diancam kepupusan.
Malah mereka turut mendakwa bahawa haiwan berkenaan melintas lebuhraya terbabit kerana terpaksa selepas kawasan hutan yang didiaminya telah diterokai untuk pembagunan.
Dah lah spesis terancam. Kawasan habitat dia pulak kena teroka. Dah masuk kawasan manusia kena langgar pulak. Sedih lah 😢
— WhoamI? (@Iamraffffffff) May 16, 2024
kesiannyaaa harimau dah la tak banyak dah 😭😭😭
— af (@frieshaaina) May 16, 2024
Haiwan ni khazanah berharga negara kita..saya selalu berfikir..enth brpa populasi mereka skrg ni..ni la harga sebuah pembangunan
— Lynn da Silva Santos 💜 (@Lynwood_7087) May 16, 2024
Bila habitat terganggu dek pembangunan, ini harga yang kita perlu bayar 😭
— Kimi🍉 (@coffeehunter__) May 16, 2024
Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Harimau Malaya Berisiko Pupus Tidak Lama Lagi?