fbpx
Now Reading
“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

“Maaf Bukan Nak Kutuk” – Wanita Samakan Bau Laksa Sarawak Macam Jamu Jadi Perhatian [Video]

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang rata-ratanya mengecam dan menganggap wanita tersebut tidak menghormati makanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap negeri di Malaysia masing-masing mempunyai budaya dan makanan ‘signature’nya yang tersendiri.

Contohnya seperti negeri Pulau Pinang yang terkenal dengan Nasi Kandar, Kelantan dengan Nasi Kerabu, Terengganu dengan Nasi Dagang serta Sarawak yang sinonim dengan Laksa Sarawaknya.

Keunikan budaya dan variasi makanan inilah yang menjadikan negeri-negeri di Malaysia sentiasa menjadi destinasi pilihan pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing apabila bercakap tentang makanan khususnya dari segi rasa.

Wanita Komen Laksa Sarawak Bau Jamu

Terbaharu, hangat di media sosial video seorang wanita mengkritik makanan yang sedang dinikmatinya dipercayai Laksa Sarawak di salah sebuah pusat beli belah di Bintulu, Sarawak.

Menerusi video yang dikongsikan di Facebook oleh pemilik akaun Affy Johary, kelihatan wanita itu cuba menikmati hidangan tersebut sambil menutup hidungnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang lagi individu dipercayai rakannya yang menyifatkan aroma dan bau hidangan tersebut seperti jamu.

“Ini apa ini? Laksa Sarawak ke ni? Bau jamu okay. Apa ni? Dia letak apa ni? Daun Basil?” kata rakannya sambil mentertawakan wanita itu.

Difahamkan, video tersebut pada mulanya dimuat naik seorang pengguna Facebook namun akaun dan video itu telah dipadam.

Walau bagaimanapun, video berjaya dimuat turun dan dikongsi semula oleh pengguna media sosial yang lain.

Bahkan, kapsyen asal pada hantaran tersebut juga berjaya ditangkap layar.

“Maaf orang Sarawak, kita bukan niat nak mengutuk, nak tanya je. Memang laksa Sarawak bau macam jamu macam ni ek?

“Yang kita gelak teruk sebab member tu dah rasa dekat hotel, masa breakfast (sarapan), penat dia gelak tak boleh tahan.

“Tapi kita pergi Spring Mall tu order (pesan) mi kari sampainya sama laksa Sarawak. Sebiji macam jamu maajun tu. Tak tertelan tolak gitu saja RM15,” tulis wanita itu.

Foto: Facebook

Video di upload kakak ini dah di delete. Untuk makluman yang akak makan itu bukannya Laksa Sarawak. Tak pernah lagi Laksa Sarawak bau jamu. Baik akak minta maaf secara terbuka. Kalau tak sedap pun tak usah mempelekehkan makanan orang Sarawak macam itu.

Posted by Affy Johary on Tuesday 14 May 2024

Hantaran Undang Kecaman Warganet

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian warganet yang melihat. Rata-rata warganet mengecam tindakan wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah tidak menghormati makanan.

Malah, ada yang risau dan peka dengan perasaan orang Sarawak yang mungkin tersinggung dengan video tersebut.

Namun, ada yang mendakwa makanan yang dipesan oleh wanita itu bukanlah Laksa Sarawak yang sebenar namun mee kari.

Berikut adalah komen warganet:

“Kenapa Buat Macam Tu? Kalau Tak Suka Tak Payahlah Perlekeh Makanan Tu”

“Ini Bukan Laksa Sarawak, Laksa Sarawak Tak Bau Jamu Sis”

“Laksa Sarawak Sedap Oi, Ini Bukan Laksa Sarawak, Macam Kuah Kari Je”

“Muhasabah Diri Makcik, Kita Datang Tempat Orang Adab Tu Jangan Tinggalkan Dekat Rumah”

“Cuba Fikir Dulu Sebelum Buat Video, Apa Perasaan Orang Sarawak Kalau Dengar”

“Kalau Tak Suka Pun Jangan Sampai Menghina Makanan Sarawak, Pergi Tempat Orang Jaga Adab”

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tengok Orang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma Jangan Pandang Rendah, Hina” – Nasihat Fedtri Yahya

Baca Artikel Berkaitan: Influencer China Melancong Ke Semporna, Kutuk Makanan Tak Sedap & Tiada Penutur Mandarin [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.