Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]
Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12 tahun 2023.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah pastinya ingin si kecil mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa.
Sebagai contoh, sesebuah sekolah itu hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai meja dan juga kerusi agar pelajar mempunyai tempat belajar dan menulis dengan selesa.
Pelajar terpaksa duduk atas lantai, Dr Akmal terjah sekolah
Walau bagaimanaupun berbeza dengan sebuah sekolah agama di Melaka ini apabila pelajar-pelajarnya terpaksa duduk di atas lantai sewaktu proses pembelajaran berlangsung disebabkan ketiadaan meja dan kerusi.
Ekoran daripada keadaan tersebut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh telah menerjah sekolah berkenaan sebaik menerima aduan mengenainya.
Menerusi video dikongsikan Dr Akmal yang juga Ahli Dewangan Negeri (ADUN) Merlimau, kelihatan para pelajar di sebuah kelas di sekolah itu hanya menggunakan meja mudah alih di lantai semasa sedang belajar.
Difahamkan isu itu berlaku ekoran wang peruntukan belum diterima dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) .
Peruntukan sekolah dah diberi bulan 12 2023
Apa yang lebih menjadi perhatian peruntukan bagi membeli barangan keperluan sekolah tersebut telah diperolehi JAIM sejak bulan 12 tahun lalu.
“Peruntukan dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai lima bulan. Ustaz rasa selesa ke?”
“5 bulan ustaz, 5 bulan kena tunggu,” soalnya kepada seorang wakil JAIM.
Malah apabila disoal kepada wakil tersebut berapakan bajet yang diperlukan, individu tersebut tidak dapat menjawabnya sebaliknya menjelaskan perlu menunggu pegawai atasannya tiba.
“Bajet (jumlah peruntukan) kena tunggu pegawai saya datang,” kata wakil JAIM itu.
“Sebab ustaz pun tak tahu, inilah saya kata masalahnya. Kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah beritahu lama. Kita ambil sambil lewa, kita bagi orang ni buat, yang ni buat, birokrasi banyak. Akhirnya lima bulan.”
Tidak berpuas hati dengan jawapan diterima dari wakil berkenaan, Dr Akmal turut menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salhah Salleh untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung peruntukan tersebut.
“Sebab birokrasi yang JAIM ni, saya kata birokrasi JAIM ini yang melambatkan cara kerja ustaz. Janganlah sambil lewa, jangan sambil lewa. Anak kita masalah ustaz, kita ni berkhidmat penjawat awam berkhidmat untuk rakyat.”
Perlu masa lagi 3 bulan untuk selesaikan isu keperluan pelajar sekolah
Sewaktu disoal berapa lama masa yang diperlukan lagi untuk menyelesaikan isu itu, wakil berkenaan menjawab lagi tiga bulan dan menjadikan tempoh selama lapan bulan.
“3 bulan ustaz? Total 8 bulan. Tak payah, ustazah berapa orang semua saya tak nak dengar ni. 34 pelajar, saya beli semua minggu depan saya beli,” katanya.