fbpx
Now Reading
Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang dipenuhi dengan nasi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu khususnya ‘foodie’ pasti gemar mencari tempat makan yang menarik untuk mendapatkan pengalaman merasai makanan atau persekitaran yang baharu.

Malah harga yang berpatutan dengan rasa makanan yang sedap pasti membuatkan kebanyakan kaki ‘food hunting’ ingin meuar-uarkannya kepada orang ramai.

Yelah makan sedap, harga murah, ‘portion’ banyak itulah yang sering menjadi pilihan ramai!

Peniaga jual Nasi Arab Ayam murah

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan oleh KL.Foodie yang memaparkan sebuah gerai makan yang menjual makan berkonsepkan timur tengah iaitu Nasi Arab.

Gerai makan tersebut dikenali sebagai Nasi Arab Tambah Kira Halal di Jalang Klang Batu, Puchong.

Umum mengetahui kebiasaannya nasi arab di tempat lain mungkin mencecah harga RM20 ke atas untuk hidangan seorang dan bergantung protein yang diambil seperti ayam, kambing atau kambing.

Hanya RM35 untuk tiga hingga empat orang

Namun berbeza dengan gerai makan ini apabila menawarkan harga menu yang sangat berpatutan dengan jumlah hidangan yang banyak iaitu RM35 untuk satu talam Nasi Arab Ayam yang boleh dimakan sekitar tiga hingga empat orang.

Apa yang lebih menarik, ayam yang dihidangkan bukan suku bahagian atau setengah sebaliknya satu ekor ayam diberikan pada harga tersebut.

Menurut peniaga di gerai tersebut, pelanggan yang membeli Nasi Arab Ayam seekor turut mendapat sup, salad dan juga sambal dalam hidangan sama.

Turut jual Lamb Shank dengan harga RM37

Selain ayam, gerai ini turut menyediakan Nasi Arab Lamb Shank Merah yang berharga RM37 sahaja.

Bukan hanya itu, pelanggan yang menginginkan nasi lebih juga tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan.

Ramai sifatkan harga murah dan berbaloi

Video gerai Nasi Arab di Puchong itu turut menjadi perhatian warga X (Twitter) malah ramai menyifatkan harga yang ditawarkan murah.

Ini kerana, umum mengetahui harga seekor ayam bukanlah murah namun peniaga dapat menawarkan harga berpatutan untuk pelanggannya.

“Murahnya. Ayam dah lah mahal sekarang. Semoga bertambah maju perniagaan akan ni dan di banyakkan lagi rezekinya”

“Serius lah RM35 untuk ayam sekor, RM37 untuk lamb shank untuk portion sebanyak tu”

“Seriuslah RM35 saja? Murah sangat untuk banyak tu. Semoga akak dimurahkan rezeki”

“Murahnya.. Semoga akak ni dimurahkan rezeki”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.