fbpx
Now Reading
Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah berhenti dan bekerja di sektor swasta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi individu yang mengalami masalah kesihatan, klinik atau hospital sering menjadi tempat pertama yang dituju bagi mendapatkan rawatan.

Buat segelintir individu yang berkemampuan, pusat perubatan swasta sering menjadi pilihan kerana tempoh masa menunggu yang singkat.

Namun, rata-ratanya lebih memilih mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan kerana kosnya yang jauh lebih murah.

Walaupun kos di klinik atau hospital kerajaan adalah murah dan berpatutan, sering kali kedengaran keluhan pesakit yang mendakwa terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan rawatan.

Pesakit Terpaksa Tunggu Hingga 5 Jam, Hospital Kekurangan Doktor

Semalam (15 Mei), tular di media sosial foto papan kenyataan dipercayai di sebuah hospital di Kedah yang memohon kepada pesakit.

Menerusi foto tersebut, permohonan maaf itu dikeluarkan berikutan pesakit terpaksa menunggu lama yang dijangka boleh mencecah sehingga lima jam.

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah berhenti dan bekerja di sektor swasta.

“Selamat pagi. Minta maaf kami menghadapi kekurangan doktor. Masa menunggu doktor mungkin sampai lima jam.

“Doktor kami kerja sampai nak pengsan dan sakit, masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan pergi ke swasta,” tulis kenyataan itu.

Mahu Berkhidmat Untuk Rakyat Tapi Penat

Jelas kenyataan itu lagi, pihaknya mahu bekerja dan berkhidmat untuk rakyat namun niat mulia itu terhalang kerana kepenatan.

Malah, mereka turut memohon agar pesakit yang berkunjung ke hospital tersebut memahami situasi mereka.

“Kami ingin berkhidmat untuk rakyat. Tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit.

“Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf,” tulisnya lagi.

Katanya berlaku di Hospital Kulim. Betulkah?

Posted by Syahid Said on Tuesday 14 May 2024

Hantaran Jadi Perhatian, Ramai Luah Rasa Simpati

Hantaran tersebut nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa petugas kesihatan di hospital tersebut.

Malah, ada segelintir yang menyuarakan pendapat agar pihak bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka dengan memberikan bayaran yang setimpal.

Ada juga warganet yang bertugas sebagai pasukan kesihatan turut berkongsi pengalaman kerja mereka yang sememangnya penat sama seperti yang dinyatakan oleh hantaran tersebut.

Berikut merupakan komen warganet:

“Benda Ni Tak Payah Nak Hairan, Sebab Memang Dah Mental Dan Psikologi Penat”

“Berilah Gaji Dan Bayaran Munasabah Kepada Doktor”

“Sebagai Pegawai Perubatan, Cuba Korang Duduk Dekat ETD Atau A&E, Baru Korang Faham, Tak Sempat Makan”

“Bab Kesihatan Sepatutnya JadiNombor Dua Yang Diberi Keutamaan Selepas Keselamatan Dalam Negara”

“Tahniah Kerana Anda Berani Bersuara & Jujur Meluahkan Secara Terang-Terangan”

Baca Artikel Berkaitan: Video Rakaman Lelaki Berang Tunggu 4 Jam Ketika Berurusan di Pejabat Kerajaan Viral, Ramai Netizen Kongsi Pengalaman Sama

Baca Artikel Berkaitan: ‘Lebih 30% Doktor Di Malaysia Dibuli’ – MMA

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.