Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]
Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam (15 Mei) secara tiba-tiba hilang kawalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belakangan ini, nama daerah Klang semakin popular dan menjadi bualan ramai susulan terdapat beberapa kes jenayah yang tular berlaku di sana.
Malah, ada juga segelintir pihak mendakwa Klang bukanlah daerah yang selamat untuk diduduki sehingga ada yang menggelarnya bandar Colombia.
Baca Artikel Berkaitan: “Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]
Tular kereta terbabas akibat jalan licin didakwa kerana minyak
Baru-baru ini, tular pula rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan beberapa buah kenderaan terbabas di sebuah kawasan jalan didakwa berlaku di Klang.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, kemalangan dipercayai berlaku akibat jalan licin kerana tumpahan minyak.
“Kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawa hati-hati, sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya,” ciapnya.
Tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas
Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam (15 Mei) secara tiba-tiba hilang kawalan.
Tidak lama kemudian, dua buah lagi kenderaan yang turut melalui jalan sama juga secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum salah sebuah kereta terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Turut dikongsikan tangkap layar yang memaparkan keadaan jalan berkenaan yang kelihatan sedikit basah dipercayai kerana minyak.
Klang Darul Colombia
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) May 15, 2024
kalau jalan dari Andalas atau hospital besar menghala ke Klang, ingat bawak slow-slow sekarang ada orang tuang minyak lagi di jalan raya…
Kredit video owner pic.twitter.com/cbXOD4dpgV
Netizen kecam si pelaku yang tuang minyak, mohon pihak berkuasa ambil tindakan
Video berdurasi 30 saat itu mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan individu yang didakwa dengan sengaja menuangkan minyak itu.
Tidak hanya itu, mereka turut meminta agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan menangkap individu yang melakukan perkara terbabit kerana telah membahayakan nyawa pengguna jalan raya.
Segelintir netizen turut menuduh perbuatan berkenaan dilakukan oleh geng penarik kereta atau longkai.
Namun sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan tidak diketahui, malah pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Bagaimanapun pada tarikh 14 Mei lalu pihak polis daerah Klang Utara ada mengeluarkan kenyataan mengenai video tular kes tumbahan minyak diesel di sekitar Jalan Batu Belah.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada ia melibatkan kes yang sama atau tidak kerana kejadian dilaporkan berlaku pada 10 Mei lalu di mana jauh jaraknya dengan tarikh yang tertera pada rakaman dashcam iaitu 15 Mei.
Komen netizen di X:
haritu psl motor langgar tali ape ntah sampai dagu terkoyak, ini minyak atas jalan pula, celaka lah org2 yg aniaya org lain niiii
— Firdaus (@muhdfirdausf) May 15, 2024
Kepala hotak dia. Masalah balai polis trafik depan tu je. 300 meter tak sampai. Pun dorang berani ye
— Azim Shokhimi (@azim_shokhimi) May 15, 2024
@PDRMsia tak boleh takeover ke area klang ni?
— hilman 🇵🇸 (@hilmaaannnn) May 15, 2024
Tiba2 ada towing datang acah-acah nak bagi pertolongan tanpa ada orang call pun.
— 𝕬.𝖅𝖍𝖎𝖓𝖙 ♘ (@userxdenama) May 15, 2024
Modus operandi dah boleh baca. Patutnya mereka ni yang kene tangkap. Terang lagi bersuluh.
Tak lama datang gang towing pijak je ramai2.. tau dah sape buat
— Arif (@arifazmi48) May 15, 2024