fbpx
Now Reading
“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

“Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

Walaupun kekurangan wang, wanita yang dikenali sebagai Siti itu tetap membawa anaknya pergi ke kedai Eco bagi membeli hadiah buat guru mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tarikh 16 Mei pada setiap tahun merupakan Hari Guru. Ia merupakan hari istimewa bagi menghargai jasa dan usaha mereka dalam mendidik serta mengajar anak murid menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Pada waktu ini, majoriti pelajar akan memberi hadiah istimewa mengikut kemampuan masing-masing sebagai penghargaan buat guru tercinta.

Namun di sebalik pemberian hadiah buat golongan pendidik ini, ada ibu bapa yang berusaha cuba memenuhi permintaan anak walaupun mereka sebenarnya sedang dalam kesusahan.

Hanya Ada RM20 Dalam Akaun, Wanita Cuba Penuhi Permintaan Anak

Menerusi hantaran yang dibuat di akaun TikTok @sitieainsyah, wanita berkenaan berkongsi kisahnya memenuhi permintaan kedua-dua anaknya yang mahu memberi hadiah buat guru mereka.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Siti, sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan, dia risau tidak dapat menampung perbelanjaan bagi membeli hadiah tersebut kerana menghadapi masalah kekurangan duit.

Difahamkan, pada ketika itu, dia hanya mempunyai wang tunai RM6 dan RM20 di dalam akaun bank.

Namun, kerana tidak mahu menghampakan anak-anak, dia cuba memenuhi permintaan kedua-duanya dan menasihati mereka membeli hadiah mengikut kemampuan dirinya.

“Ibu bagitahu mereka, ibu tiada duit. Tak cukup duit nanti, jadi mereka mengalah.

“Si abang, ibu minta duit sendiri kalau abang nak ambil lebih, jadi dia akur. Si adik ni payah sikit, cakap macam mana pun, ibu juga yang mengalah walaupun dia akur,” kongsinya.

Walaupun dia kekurangan wang, namun dia sedaya upaya cuba menggembirakan anak-anaknya itu. Menerusi penjelasannya di ruang komen, Siti tetap memenuhi permintaan anaknya dengan membawa mereka pergi ke kedai Eco.

Jelas Siti, antara barang yang dibeli adalah rantai kunci (keychain), buku, bunga dan pen papan putih untuk diberikan kepada guru-guru anaknya.

Tambah wanita itu lagi, suaminya ada membelikan rantai kunci (keychain) seorang satu untuk diberikan kepada guru anak-anaknya sempena sambutan hari istimewa pada Khamis (16 Mei).

Namun, ia tidak mencukupi malah Siti masih lagi memerlukan barang yang lain untuk membentuk keychain tersebut sebagai hadiah.

Hantaran Jadi Perhatian Warganet

Luahan yang dibuat oleh wanita itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-ratanya menghargai usaha Siti yang cuba memenuhi permintaan anak-anaknya itu walaupun kekurangan duit.

Malah, ada warganet yang juga bekerja sebagai suri rumah berkongsi pendapat atau cara bagi membeli hadiah buat guru-guru anak mereka dengan cara yang lebih jimat antaranya seperti membuat kad ucapan, membina bingkai gambar menggunakan barangan buangan atau memberikan jambangan bunga yang terdiri daripada sayur-sayuran.

Namun, ada juga warganet yang terdiri daripada golongan pendidik menjelaskan bahawa hadiah bukanlah satu keutamaan bagi mereka. Apa yang penting adalah kejayaan dan doa dari murid-murid yang lebih istimewa.

Berikut antara komen warganet:

“Banyak-Banyak Hadiah Saya Pernah Dapat, Paling Buat Saya Terharu Ada Seorang Budak Ini Hadiahkan Saya Doa”

“Saya Seorang Guru, Sebelum Hari Guru Saya Dah Pesan, Teacher Tak Nak Hadiah Apa Pun”

“Ibu-Ibu Janganlah Terbeban, Ajar Anak Jadi Sweet Dengan Buat Kad Ucapan Sendiri”

“Takpe Puan, Cukuplah Dapat Ucapan Selamat Hari Guru & Senyuman Manis Dah Buat Kami Rasa Dihargai”

“Cikgu Tak Harap Hadiah Pun, Cukuplah Dengan Kejayaan Awak”

“Anak-Anak Jaga Adab Dengan Guru, Itu Lebih Baik”

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.