Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan menolak motor akibat tayar pecah ketika sedang melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap manusia di muka bumi ini digalakkan untuk saling bantu-membantu tanpa mengira kaum dan agama. Ia merupakan sifat yang terpuji dan setiap agama sememangnya menuntut penganut untuk sentiasa berbuat baik sesama insan.
Namun, pada masa kini, tidak semua orang berani dan ikhlas menghulurkan bantuan terutama jika mereka melihat ada individu yang mengalami kesusahan ketika di jalan raya.
Ini kerana ada segelintir yang risau dan beranggapan ia satu taktik penjenayah hingga menghalang mereka untuk melakukan perbuatan baik itu.
Lelaki Hulur Bantuan, Bantu Keluarga Di Lebuh Raya
Namun, berbeza dengan seorang lelaki ini apabila dia sanggup menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga ketika dia menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke tempat kerjanya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di akaun TikTok @ahmadzufar98, kelihatan dia memberhentikan kenderaan sebelum memberi bantuan dengan menumpangkan seorang wanita dan kanak-kanak berbangsa India.
Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan menolak motosikal akibat tayar pecah.
Simpati dengan keadaan yang dihadapi oleh keluarga tersebut, dia bertindak menumpangkan si ibu dan anak sehingga Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh.
“Pagi tadi dalam perjalanan menuju ke tempat kerja, ternampak la ada satu keluarga berbangsa India ni. Emak dengan anak ni jalan kaki, ayahnya tengah tolak motor tayar pecah.
“Kesian tengok sebab anaknya pun berjalan kaki jauh menuju ke R&R Jejantas Sungai Buloh. So, aku offer (tawar) la tumpangkan,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan, keluarga itu sedang dalam perjalanan menuju ke Petaling Jaya dari Sungai Garing, Rawang dan tayar motosikal mereka pecah kira-kira 750 meter dari R&R Jejantas Sungai Buloh.
Menerusi video tersebut, kelihatan Zufar turut membantu suami wanita berkenaan dengan mengikutnya dari belakang.
Dia kemudian dilihat menghantar wanita dan kanak-kanak itu menuju ke stesen minyak yang terletak di R&R Jejantas Sungai Buloh.
Di akhir video berkenaan, kedengaran ucapan terima kasih yang diucapkan oleh wanita dan anaknya kepada Zufar atas bantuan yang diberikan.
Ikhlas Hulur Bantuan Tanpa Mengira Kaum
Jelas Zufar, dia ikhlas membantu keluarga tersebut tanpa memikirkan perbezaan kaum. Baginya, kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan kebaikan juga pada masa hadapan.
“Aku ni jenis tak kisah apa bangsa sekalipun, aku tetap akan ikhlas tolong mana yang aku mampu.
“Kita mudahkan urusan orang lain, insya-Allah urusan kita dipermudahkan pula nanti. Semoga selamat sampai abang dan kakak ni,” tulisnya lagi.
Hantaran Raih Pujian Ramai
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata memuji tindakannya yang sanggup memberhentikan kereta dan menghulurkan bantuan di lebuh raya yang sibuk itu.
Malah, ada yang kagum dengan sifat ikhlasnya dalam memberi pertolongan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.
Berikut antara komen warganet:
“Abang, Semoga Dipermudahkan Urusan Untuk Abang”
“Semoga Urusan Abang Ni Dipermudahkan”
“Terima Kasih Orang Baik”
“Alhamdulillah, Terbaik Bang!”
Baca Artikel Berkaitan: Tak Kira Bangsa, Tindakan Penunggang Motosikal Bergilir-gilir Tunda Motor Rosak Buat Ramai Tersentuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Tuan”- Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Ketika Motosikal Rosak Raih Pujian Ramai [Video]