fbpx

“Macam Cerita K-Drama”- Bapa Catat Setiap Perkembangan Anak Dalam Diari Jadi Contoh Buat Orang Ramai

Menerusi diari tersebut bapa Naufal turut berkongsi detik manisnya menyambut hari jadi pertama anaknya itu dengan membeli kek berbentuk nombor 1.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu pasti ingin mencatat setiap perkara bermakna yang berlaku dalam kehidupannya.

Sebagai contoh ada yang gemar menulis momen-momen menarik pada belakang gambar dan ada juga yang menulisnya di dalam diari.

Perkara ini adakalanya menjadi satu perkara yang baik kerana secara tidak langsung dapat mengimbau semula kenangan manis dan pahit yang dilalui.

Bapa catat setiap pengalaman pertama anak dalam diari

Baru-baru ini seorang remaja telah berkongsi sebuah diari milik bapanya yang mencatat setiap perkembangannya bermula dari hari dia dilahirkan pada 2 Februari 2006.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh Muhammad Furqan Naufal di TikTok, bapanya turut menulis saat kenduri doa selamat diadakan sempena dengan kelahiran anaknya itu.

Bukan hanya itu, setiap perkara pertama kali dilakukan oleh anak yang mesra dipangil Naufal seperti pandai menerima arahan, membeli baju raya, gelak, sakit turut dicatat oleh si bapa berserta dengan tarikh.

Lebih dari 83 perkara disenaraikan

Dalam catatan tersebut terdapat sekitar 83 atau lebih menyenarai perkara yang dilakukan oleh Naufal.

Malah dia turut menceritakan hari jadi pertama yang disambut oleh Naufal dengang kek berbentuk nombor satu yang dihadiri oleh orang ramai.

Malah Naufal turut berkongsi satu gambar memaparkan dirinya ketika bayi sedang digendong oleh bapa.

Ramai turut nak buat untuk anak

Melihat di ruangan komen, video tersebut secara tidak langsung membuatkan ramai ingin melakukan perkara sama kepada anak mereka.

Malah mereka menyifatkan perkara itu suatu yang menarik untuk dikongsikan apabila anak-anak sudah besar.

Tidak kurang juga ada yang menyamakan perkara dilakukan oleh bapanya sama seperti dalam cerita Korea yang bertajuk ’18 Again’.

Ada juga yang kagum dengan usaha bapanya mencatat setiap perkembangan anak.

“Comelnya”

“Teringinnya nak merasa ayah nampak kita berjalan buat kali pertama, tapi tak sempat berjalan dia dah tinggalkan kita”

“Aku rasa aku pun kena mula tulis benda macam ini untuk diri aku. Sebab aku selalu lupa apa benda yang menarik dalam hidup aku”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.