fbpx
Now Reading
Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar di lorong berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pengguna pasti mengetahui papan tanda yang berada di jalan adalah salah satu cara untuk memaklumkan kepada pemandu mengenai keadaan semasa di jalan raya.

Sebagai contoh jika berada di lebuh raya, adakalanya kita melihat beberapa papan tanda yang meminta pengguna jalan raya untuk mengubah ke laluan lain ekoran terdapat kerja penyelenggaraan sedang dilakukan.

Malah demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain, pihak bertanggungjawab turut meletakkan kon di sepanjang kawasan kerja penyelenggaraan agar tidak berlaku sebarang kemalangan dan sebagainya.

Perodua Axia terbabit kemalangan gara-gara ikut laluan yang ditutup

Namun berbeza dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Axia ini apabila pemandu dengan dilihat menggunakan lorong yang telah ditutup sehingga terbabit dalam kemalangan.

Insiden tersebut dipercayai berlaku pada 14 Mei lalu sekitar jam 1.55 pagi.

Lorong ditutup untuk penyelenggaraan

Menerusi video dashcam yang tular di X kelihatan dua lorong di sebuah lebuh raya terpaksa ditutup untuk selenggara dan hanya laluan kiri yang boleh digunakan.

Malah menerusi video tersebut, turut kelihatan beberapa kenderaan seperti lori dan jentera yang sedang melakukan kerja pembaikan jalan raya.

Masuk ke lorong ditutup sebelum terbalik kerana langgar timbunan batu tar

Namun sebaik sahaja melepasi kawasan tersebut secara tiba-tiba kereta Axia yang berwarna putih membelok dan masuk ke lorong yang ditutup.

Walau bagaimanapun belum sempat memecut, kereta Axia itu telah terlanggar timbunan objek dipercayai batu tar yang diletakkan di lorong tersebut.

Perkara itu secara tidak langsung telah menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik beberapa kali di jalan raya.

Pasang lampu hazard selepas kereta terbalik

Dalam satu lagi rakaman dashcam kenderaan lain, kelihatan kereta Axia itu berada di laluan bertutup berkenaan sambil memasang lampu hazard.

Turut kelihatan beberapa individu sedang duduk di palang lebuh raya berkenaan dan mereka dipercayai penumpang dan pemandu kereta tersebut.

Melihat di ruangan balas, ramai yang menyifatkan pemandu tidak sepatutnya ingkar terhadap arahan papan tanda yang sudah diberikan.

“Orang-orang tak ikut peratutan macam nilah punca kontraktor banyak kena kes”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.