“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan selepas pihaknya menerima aduan berhubung ketiadaan meja dan kerusi di sekolah tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Rabu (15 Mei) lalu, kecoh di media sosial mengenai video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook milik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ahli Dewangan Negeri (ADUN) Merlimau itu dilihat berang dengan seorang individu yang dipercayai wakil Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Ia berikutan isu ketiadaan meja dan kerusi di sebuah sekolah rendah agama yang terletak di Melaka hingga menyebabkan pelajar di situ terpaksa duduk di atas lantai ketika sesi pembelajaran.
Difahamkan, peruntukan bagi membeli keperluan itu telah diperolehi JAIM pada Disember 2023 namun sehingga Rabu (15 Mei) pihak sekolah tidak menerima peralatan tersebut.
Malah, ketika disoal wakil JAIM itu turut menjelaskan pihaknya memerlukan tempoh tiga bulan lagi bagi menyelesaikan isu berkenaan yang secara keseluruhannya mengambil masa sehingga lapan bulan.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]
Masalah Selesai Dalam Tempoh 24 Jam
Terbaharu, masalah ketiadaan kerusi dan meja di Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka Ayer Merbau, Melaka berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam apabila sekolah itu menerima keperluan asas semalam (16 Mei).
Bantuan peralatan 36 buah kerusi dan meja itu diberikan oleh Dr Akmal Saleh dan disampaikan sendiri oleh beliau.
Malah, beliau turut berkongsi video di Facebook miliknya ketika peralatan bilik darjah itu diberi kepada pihak sekolah.
Menerusi video yang dimuat naik itu, sekumpulan murid dilihat turut membantu beliau mengangkat dan menyusun kerusi dan meja dalam bilik darjah.
“Alhamdulilah meja dan kerusi anak-anak selesai dalam 24 jam. Tidak perlu tunggu lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.
“Moga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa,” kongsinya.
8 bulan ❎❎❎ 24 jam ✅✅✅Alhamdulilah meja dan kerusi anak2 selesai dalam 24 jam Tidak perlu tunggu 8 bulan melayan birokrasi yang melampau Moga anak2 kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa #drakmalsaleh #yangberkhidmat
Posted by Akmal Saleh on Thursday 16 May 2024
JAIM Beri Jaminan Selesai Masalah Dalam Tempoh Terdekat
Pada masa yang sama, Dr Akmal Saleh turut memaklumkan kepada seorang wanita yang dipercayai guru di sekolah berkenaan agar menempatkan meja dan kerusi yang akan dihantar JAIM ke kelas yang lain.
Difahamkan, JAIM akan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat dan jaminan itu diberikan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Terdahulu, Dr Akmal Saleh melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama itu berikutan pihaknya menerima aduan berhubung ketiadaan meja dan kerusi di sekolah tersebut.
Malah, apa yang lebih mengecewakannya apabila melihat pelajar sekolah terbabit yang perlu duduk di atas lantai dan menggunakan rehal sebagai meja ketika sesi pembelajaran.
Birokrasi yang menyeksa rakyatTidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh
Posted by Akmal Saleh on Wednesday 15 May 2024
Baca Artikel Berkaitan:Pelajar Terpaksa Duduk Atas Lantai, Dr Akmal Saleh ‘Sekolahkan’ Pegawai JAIM [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Ketua Pemuda UMNO Terjah Kilang Beras di Melaka Raih Pujian [Video]