Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin
Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar untuk memahami cara pemikiran Azhar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pada masa kini sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
Ia semakin memuncak apabila rejim zionis itu mula menyerang satu-satunya kawasan selamat di Gaza iaitu bandar Rafah pada penghujung April yang lalu.
Tindakan kejam itu nyata membuka mata masyarakat dunia sehingga ramai kembali bangkit demi menyuarakan sokongan kepada Palestin melalui pelbagai cara antaranya seperti memboikot jenama pro-Israel dan berkongsi situasi semasa di sana.
Namun, tidak semua individu dilihat menujukkan sokongan penuh terhadap rakyat di negara itu. Sebaliknya ada yang beranggapan seolah-olah apa yang terjadi di negara itu pada ketika ini adalah berpunca dari serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober.
Azhar Sulaiman Minta Artis Malaysia Pergi Berperang
Semalam (16 Mei), hangat di media sosial hantaran yang dibuat oleh pelakon lelaki tanah air, Azhar Sulaiman berhubung isu Palestin di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kenyataan tersebut, Azhar berpendapat artis yang lantang bersuara berhubung isu ini sepatutnya berpindah ke Gaza bagi membantu rakyat Palestin.
“Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong Hamas buat serangan pada 7 Oktober, silalah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang disana,” tulisnya.
Jelas pelakon yang mesra disapa dengan Behar ini, dia turut mengkritik tindakan ‘artis yang mempromosikan dan menyokong peperangan’.
“Jangan sedap mulut je promote (promosi) dan sokong orang lain pergi berperang.
“Rakyat Gaza menderita, korang carry on (teruskan) hidup happy (gembira) dan move on (teruskan hidup), cam s**l,” tulisnya lagi.
Namun, hantaran itu menyebabkan pelakon berusia 52 tahun itu dikecam dan bertindak memadam posting tersebut.
Leona Tetap Pendirian Sokong Palestin, Tidak Faham Cara Bapa Berfikir
Berbeza dengan bapanya, anak kepada pelakon itu Kasih Iris Leona atau Leona menegaskan pendapat bapanya itu sama sekali tidak mencerminkan pendiriannya.
Tegas Leona, dia tidak menyokong Israel dan mengutuk sekerasnya kekejaman rejim zionis itu terhadap rakyat Palestin.
“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendirian saya sama sekali dan saya sangat menentang Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin,” ciapnya.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Leona menerusi ciapan di aplikasi X setelah bapanya teruk dikecam.
Jelas Leona lagi, sebagai seorang yang pernah menjejak kaki ke Palestin, dia sedar tentang kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai (genocide) yang dibuat oleh Israel.
“Saya sedar kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai ini telah dilakukan sebelum 7 Oktober,” tulisnya.
Leona yang juga merupakan influencer itu turut menjelaskan bahawa dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara dan dirinya sendiri sukar untuk memahami cara pemikiran Azhar.
Malah, dia turut meminta orang ramai agar tidak menganggap dan menyamakan dia dengan bapanya itu walaupun mereka mempunyai pertalian darah.
I don’t see eye to eye with my father on many things and fail to understand how he thinks the way he thinks. So please don’t generalise and assume that just because we are blood related, we will have the same views.
— leona (@kasihirisleona) May 16, 2024
Kongsi Pengalaman Pergi Palestin
Leona turut berkongsi pengalaman ketika dia melawat Masjid Al-Aqsa apabila dia ditahan oleh seorang wanita Palestin yang memintanya untuk memastikan dunia tidak melupakan dan berdoa untuk rakyat di negara itu.
I was walking to the Al Aqsa Mosque and a Palestinian lady stopped me and said; Please make sure the world doesn’t stop talking about us. Please make sure we are remembered. Please keep us in your prayers. Please stand with Palestine.
— leona (@kasihirisleona) May 16, 2024
Bagi Leona, sekiranya cara yang terbaik yang adalah dengan meningkatkan kesedaran, maka seseorang itu seharusnya lantang dan memastikan rakyat Palestin tidak dilupakan.
“Kita seharusnya teguh menyokong Palestin dan mengutuk sekerasnya tindakan Israel. Kita tidak tahu bila pembunuhan beramai-ramai ini akan berakhir jadi kita perlu lantang dalam memastikan Palestin tidak dilupakan,” ciapnya.
If the best we can do is spread awareness, then by all means we should. We shd stand in solidarity with Palestine n strongly condemn the actions of Israel. We don’t know if and when there will be an end to this GENOCIDE so we must be LOUD to make sure PALESTINE is not FORGOTTEN
— leona (@kasihirisleona) May 16, 2024
Baca Artikel Berkaitan: Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Blockout2024: Mahu Pertahan Diri, Daiyan Trisha Dedah Beri Sumbangan RM100,000 Untuk Palestin
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa