fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

“Terima Kasih Atas Teguran” – Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Beberapa Jenama Antarabangsa

Menurut Daiyan Trisha, dia bersyukur kerana isu ini telah membawa orang ramai untuk kembali fokus terhadap Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dunia pada ketika ini semakin memberi tumpuan terhadap konflik Palestin-Israel selepas kebanyakan orang sudah mula sedar akan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk di wilayah Semenanjung Gaza.

Bahkan, satu gerakan yang dikenali sebagai ‘Blockout 2024’ juga telah dilakukan di serata dunia termasuklah di Malaysia.

Daiyan Trisha dan beberapa selebriti negara diboikot netizen

Beberapa selebriti dan influencer tanah air telah disenarai boikot netizen kerana dikatakan tidak menunjuk solidariti terhadap Palestin selain menjalinkan kerjasama dalam mempromosikan jenama-jenama yang menyokong Zionis.

Pelakon wanita terkenal, Daiyan Trisha yang sebelum ini lantang bersuara mengenai isu Palestin turut tersenarai sebagai selebriti yang diboikot netizen selepas dia didakwa mempromosikan beberapa jenama-jenama yang menyokong Israel.

Daiyan Trisha batalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa

Bagaimanapun, Daiyan menerima perkara terbabit sebagai teguran dengan hati yang terbuka dan menyatakan dia telah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa itu.

Menerusi hantaran Instagram Story yang dimuat naik di akaun miliknya, Daiyan berterima kasih kepada orang ramai atas teguran yang diberikan itu.

“Harap memahami bahawa kita semua mempunyai kewajipan kontrak yang berbeza dengan jenama yang berbeza.

“Saya bersyukur kerana telah dibenarkan untuk menamatkan kontrak saya lebih awal dengan beberapa jenama yang telah saya berkerjasama secara rapat,” katanya.

Gerakan ‘blockout 2024’ membawa orang ramai kembali fokus isu Palestin

Menurutnya, dia bersyukur kerana gerakan terbabit telah membawa orang ramai untuk kembali fokus terhadap Palestin.

“Saya berharap kita semua akan terus berjuang untuk saudara-saudara kita di Palestin. Saya akan terus menunjukkan pendirian saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Daiyan Trisha tampil mempertahankan dirinya selepas diboikot netizen dengan menyatakan pendirian yang dia tidak pernah melupakan saudara di Palestin.

Daiyan turut menunjukkan bukti resit sumbangan bernilai RM100,000 kepada empat pertubuhan berbeza sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.