fbpx
Now Reading
Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Dipercayai Kena Halau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Telah Selamat Sampai Kedah

Menurut aktivis kemasyarakatan Zurianty Sudin, tiga beranak itu dipercayai dihalau suami telah selamat sampai ke Kedah dan pihak JKM juga telah menziarahi keluarga terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang membina perkahwinan pastinya ingin hubungan dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

Namun sudah menjadi resam dalam perkahwinan di mana setiap hubungan pastinya akan diuji dengan pelbagai perkara seperti salah faham dan sebagainya.

Wanita dan 2 anak kecil dihalau oleh suami

Perkara sama turut dilalui oleh seorang wanita ini apabila dijumpai duduk di LRT Setiawangsa bersama dua anak kecilnya selepas dipercayai dihalau oleh suami.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, awalnya dia bersama keluarga ingin menggunakan kenderaan awam di LRT tersebut untuk ke KLCC.

Namun sampai sahaja di kawasan tersebut mereka kemudian terlihat seorang kanak-kanak lelaki bersama bayi sekitar usia satu bulan berada di LRT berkenaan. Bayi perempuan itu dilihat terbaring di atas sebuah bangku sambil meminum susu botol.

“Kelihatan si abang seperti tidak tahu bagaimana ingin mengendali adiknya. Saya ajar dia macam mana nak pegang botol susu dan ya dia cuba yang terbaik.

“Takut bayi tersedak jadi saya cuba angkat kepalanya. Nak menangis rasa lihat bayi ini dalam keadaan comot dan tidak berselimut,” katanya dalam hantaran itu.

Dua anak kecil ditinggalkan di LRT sementara ibu dipercayai beli barang

Suami kepada wanita berkenaan kemudian bertanya dimanakah ibu mereka, si abang menjawab sedang membeli barang sebelum memaklumkan dia dan ibu telah dihalau oleh ayahnya.

“Kanak-kanak lelaki tu dah berhenti sekolah.”

Ibu muncul dengan pakaian lusuh dan luka penuh di tangan

Mereka turut membelikan si abang makanan dan minuman selepas dia memaklumkan dia lapar. Tidak lama kemudian kelihatan si abang seperti sedang mencari ibunya kerana ibu dikatakan sudah keluar lama.

“Mata kuningnya bergenang air mata. Muka comot dan tidak terus. Selepas 20 minit, si ibu datang kembali dengan t-shirt pendek dan berkain lusuh. Kelihatan penuh luka di tangan yang sudah kehitaman.

“Rupanya mereka dihalau keluar dari rumah. Ibunya sering dipukul suami dan ibu mentuanya. Tiga beranak ni seharian duduk di tangga LRT, buntu tak cukup duit untuk naik teksi. Bila hari dah makin panas mereka beralih masuk ke dalam.

“Si ibu membuat keputusan untuk balik ke kampung di Kedah. Dengan berat hati kami tinggalkan mereka dalam jagaan staf LRT,” katanya lagi.

Hanya bantu apa yang mampu, tidak bertanggungjawab terhadap sebarang derma yang diwujudkan

Dalam satu lagi perkongsian, pengguna wanita itu memaklumkan mereka hanya membantu apa yang termampu dan tidak mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Dia berkata demikian selepas terdapat orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan dan tidak bertanggungjawab atas sebarang derma yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Katanya lagi, si ibu bersama anaknya pada 18 Mei dipercayai sudah tidak ada lagi di kawasan terbabit semasa mereka pulang.

Walau bagaimanapun, perkongsian dibuat oleh wanita itu dipercayai telah dipadamkan dari media sosialnya.

Satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Izzham Zaini, turut memaklumkan sebelum ini dipercayai ibu mentua ibu kepada dua anak itu telah mengambil mereka pulang.

Malah ada juga komen menyatakan mereka sebelum ini pernah berjumpa dengan anak beranak itu sebelum ini dan menceritakan hal yang sama.

Tiga beranak selamat pulang ke Kedah, serahkan kepada JKM untuk siasatan lanjut

Dalam pada itu, terdapat satu lagi hantaran pengguna di Facebook iaitu Zurianty Sudin yang memaklumkan tiga beranak tersebut telah selamat pulang ke Kedah. Malah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah berkunjung ke rumah mereka.

Zurianty yang juga aktivis kemasyarakatan turut meminta orang ramai untuk menyerahkan perkara itu kepada JKM untuk menjalankan siasatan dan tindakan lanjut.

Sebelum ini Zurianty turut memuat naik hantaran berhubung tiga beranak tersebut selepas mendapat info mereka sekeluarga tinggal di Keramat dan memaklumkan kepada pegawai JKM untuk mengambil tindakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.