Lelaki Istimewa Tatap Gambar Arwah Ibu Bapa, Mengadu Jam Tangan Rosak Buat Ramai Sebak [Video]
Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan sesuatu di belakang gambar tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Memiliki zuriat merupakan antara impian setiap pasangan suami isteri, ini kerana anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT.
Namun buat sesetengah ibu bapa yang terpilih yang dianugerahkan oleh Allah SWT anak istimewa ataupun anak syurga, pasti tanggungjawab yang perlu digalas adalah lebih berat.
Pelbagai perkara yang harus difikirkan terutamanya apabila mereka sudah tiada nanti, apakah nasib anak itu dan siapa yang bakal menjaga mereka pula.
Lelaki istimewa mengadu kepada arwah ibu bapa jam tangannya rosak
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki istimewa sindrome down mengadu kepada arwah ibu bapanya mengenai jam tangannya yang rosak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ijanbr, lelaki terbabit dilihat duduk di dalam sebuah kedai dengan tali pada jam tangannya telah putus.
Tatap gambar arwah ibu bapa
Apa yang lebih menyedihkan, lelaki istimewa itu menatap gambar wajah ibu dan bapanya semasa sedang mengadu mengenai hal tersebut.
Dalam video sama, turut kelihatan dia mencium gambar bapanya sebelum mengambil sebatang pen dan menuliskan sesuatu di belakang gambar tersebut.
“Sayangi kedua ibu bapamu dan jangan sakiti hatinya, kerana dia tidak diciptakan kedua kalinya,” tulis di ruangan kapsyen.
Difahamkan, lelaki istimewa itu dikenali sebagai Fizi dan menetap di sekitar Bukit Rambai, Melaka Tengah.
Ramai netizen sebak, siap sudi nak hulurkan bantuan
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tersentuh hati dan sebak melihat video berkenaan.
Malah, ada juga netizen yang menawarkan diri untuk menghulur bantuan buat insan istimewa itu seperti memberikan wang serta menggantikannya dengan jam tangan baharu.
Bagaimanapun, menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik mendapati Fizi telah dihadiahkan seutas jam tangan baharu untuk dipakainya.
Berikut komen yang diberikan netizen: