fbpx

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi baru berusia 10 hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bayi yang baru lahir mempunyai sistem badan yang lemah dan akan menguat mengikut usia mereka.

Oleh itu, bayi yang baru sahaja lahir dan berusia kurang daripada 3 bulan tidak dibenarkan untuk diberi makanan lain selain susu untuk mengenyangkan mereka.

Ini kerana, saiz perut bayi yang kecil dan hanya akan membesar mengikut usia mereka selain tidak mampu memproses segala khasiat dari makanan.

Baca artikel berkaitan: Penting Untuk Ibu Bapa Tahu! Ini 5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Kepada Bayi

Individu bagi bayi berusia 10 hari makan

Namun berbeza dengan seorang wanita dipercayai di Indonesia ini apabila dia dilihat menyuap makanan pepejal kepada bayi yang baru sahaja berusia 10 hari.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rulyjember di TikTok, awalnya kelihatan bayi yang sedang dibedung itu diberikan makanan berbentuk pepejal seperti pisang yang dihancurkan.

Dipercayai bagi makan pisang, letak pada bibir bayi untuk hisap

Individu itu kemudian meletakkan pisang yang sudah dihancurkan itu ke bibir bayi berkenaan dan si kecil itu dilihat menghisap makanan tersebut untuk masuk ke mulutnya.

Tindakan menyuap makanan tersebut turut dilakukan oleh individu berkenaan beberapa kali.

Ramai kecam tindakan bagi bayi usia 10 hari makan makanan pepejal

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan individu berkenaan memberi bayi kecil berkenaan makanan pepejal.

Ia berikutan perut si kecil masih belum mampu untuk memproses makanan berbentuk pepejal.

Malah turut kelihatan terdapat segelintir menegur tindakannya yang boleh mengundang bahaya kepada bayi.

Walau bagaimanapun, ada juga yang turut menyokong perbuatan individu berkenaan dan mendakwa mereka juga melakukan hal yang sama.

“Bayi kau kecil lagi lah”

“Malam-malam tengok ini, istighfar ya Allah. Dik sihat ya, ampun. Bayi cerewet bukan kerana lapar saja”

“Umi saya dulu bayinya diberikan makan pisang seperti ini, apabila sudah besar pencernaan jadi sensitif kerana dah rosak dari kecil…”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.