fbpx

“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]

Menerus video tersebut, si kecil yang sedang bermain menjadi doktor itu turut dilihat membuat pemeriksaan kepada pesakit (bapanya) menggunakan stetoskop.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, pastinya gemar menghabiskan masa di rumah dan bermain bersama mereka.

Ini kerana, bermain bersama anak-anak tidak hanya dapat mengeratkan silaturahim kekeluargaan malah ia juga bagus untuk tumbesaran mereka.

Malah mereka juga cepat belajar dari segi percakapan, penggunaan bahasa dan membantu untuk berfikir dengan lebih kreatif.

Bapa luang masa bermain dengan anak bongsu

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang bapa yang sering membuat konten pantun dan teka-teki bersama anaknya iaitu Raja Faizul Raja Shahriman apabila dia juga meluangkan masa bermain bersama anak bongsu yang masih kecil.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @kumikakufaizul, kelihatan Raja Faizul sedang memainkan watak sebagai pesakit dan sedang menerima rawatan dengan seorang doktor iaitu anak bongsunya yang mesra dipanggil adik.

Si cilik siap suruh tarik nafas dan tanya merokok tak pada pesakit

Dalam video tersebut kelihatan Faizul meminta pertolongan doktor untuk membuat pemeriksaan, kemudian anak bongsu yang sedang memakai alat mainan stetoskop memintanya untuk menarik nafas.

Malah si kecil itu turut meminta bapanya menarik nafas dan lepas sama seperti apa yang sering dilakukan oleh doktor apabila ingin membuat pemeriksaan pada pesakit.

“Tarik nafas, lepas. Ada hisap rokok tak?” soal si kecil itu sebelum ayahnya menjawab ada.

Si kecil itu kemudian memaklumkan terdapat cacing di dalam perut ayahnya dan ekoran itu pesakit terpaksa dicucuk.

Ayat akhir si kecil buat ramai kagum

Bapanya kemudian bertanya adakah sakitnya itu boleh membaik selepas dicucuk.

“Boleh, Allah sembuhkan,” kata doktor cilik itu.

@kumikakufaizul

Tauhid 💕☝🏻 ketahui rasia kami dijemput Subscribe 👆🏻 🥰#Alhamdulillah #parenting #kifina

♬ original sound – KuMika KuFaizul – KuMika KuFaizul

Perkara tersebut secara tidak langsung telah membuatkan ramai kagum dengan si cilik itu kerana ayat yang digunakan.

Ia secara tidak langsung mengajar konsep bahawa semua kesembuhan itu diberikan oleh Allah SWT dan rawatan yang dilakukan hanyalah usaha untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Tidak kurang juga ada yang memuji ibu bapa si cilik ini kerana membesarkan anak mereka dengan baik.

“‘Allah sembuhkan,’ mahal ayat adik ni”

“Ayat last tu, boleh terkedu para doktor-doktor. Semoga jadi doktor satu hari nanti dik ya”

“Comelnya dia, pandai”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.