“Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]
Jelas Shaqila lagi, murid darjah satu di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi ke sekolah sendiri tanpa perlu dihantar oleh ibu bapa mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jepun merupakan antara negara Asia yang sering menjadi pilihan pelancong sebagai destinasi pelancongan.
Ini kerana budaya serta keindahan negara matahari terbit itu menjadi antara faktor utama yang menyebabkan kebanyakan individu memilih untuk berkunjung ke negara tersebut.
Selain itu, Jepun sering menjadi perhatian kerana adab dan disiplin tinggi yang diamalkan oleh rakyat negara itu hingga ada sesetengah syarikat di Malaysia mula mengikuti dan mengamalkan budaya kerja negara berkenaan.
Kanak-Kanak Beratur, Jalan Kaki Dari Rumah Pergi Sekolah
Adab dan disiplin tinggi masyarakat Jepun tidak hanya dapat dilihat menerusi golongan dewasa malah golongan kanak-kanak di negara itu turut dilihat mempunyai disiplin yang sama.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @iamshaqila, kelihatan sekumpulan kanak-kanak di negara berkenaan sedang berjalan menuju ke sekolah.
Apa yang menjadi perhatian adalah kumpulan itu dilihat beratur dan berjalan dalam satu barisan menuju ke sekolah mereka yang terletak berhampiran.
Menurut pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shaqila, keadaan itu merupakan pemandangan biasa dilihat di belakang rumah suaminya yang terletak di Bandar Okayama, Jepun.
Jelas Shaqila lagi, kanak-kanak berusia tujuh tahun di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi ke sekolah sendiri tanpa perlu dihantar oleh ibu bapa mereka.
Difahamkan, ibu kanak-kanak hanya menemani pada hari pertama persekolahan manakala selebihnya mereka akan pergi sendiri dengan beberapa murid yang lain.
“Pemandangan dari belakang rumah. Anak-anak Jepun pergi sekolah pagi-pagi. Elok jalan beratur sampai sekolah.
“Darjah satu pun pergi sendiri. Biasa hari pertama je emak dia teman, lepas tu sendiri je. Yang dah besar jaga yang kecil,” tulisnya menerusi video tersebut.
Hantaran Jadi Perhatian Warganet
Video yang telah mendapat lebih 140 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata mereka kagum dengan disiplin tinggi yang diamalkan oleh kanak-kanak berkenaan.
Malah, kebanyakannya turut memuji budaya masyarakat di sana yang dilihat sangat mementingkan disiplin dan masa hingga menerapkan amalan tersebut sejak dari kecil lagi.
Namun, ada juga segelintir warganet yang berpendapat keadaan di Malaysia tidak selamat untuk kanak-kanak kecil bertindak sama seperti dalam video berkenaan.
Segelintir daripada mereka berpendapat, faktor jalan raya dan keselamatan menjadi aspek utama yang perlu dinilai sebelum kanak-kanak di negara ini dapat melakukan perkara yang sama.
Berikut merupakan komen warganet:
“Mereka Ini Memang Tertib Dalam Semua Hal, Sebab Itu Pemimpin Terdahulu Suruh Kita Pandang Ke Timur”
“Diorang Lebih Mementingkan Disiplin & Masa”
“Tak Penatlah Emak Jepun, Emak Malaysia Satu Hari 8 Kali Ulang Alik Hantar Anak Pergi Sekolah”
“Mudah Kerja Mak Ayah Jepun, Mak Ayah Malaysia Ni Setiap Hari 5 Kali Kena Ulang Alik Untuk Anak”
“Bagus Betul Budaya Diorang Ni Kan?”
“Nak Suruh Anak Pergi Balik Jalan Kaki, Tapi Tu Lah Ada Kes Budak Kena Culik”
Baca Artikel Berkaitan: Nyawa Diutamakan, Kisah Konvoi Maharaja Jepun Yang Berhenti & Beri Laluan Untuk Ambulans
Baca Artikel Berkaitan: “Kagumnya Dengar BM Diorang..” – Netizen Teruja Tonton Video Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu