Gelagat Lelaki Ajar Warga Asing Naik Basikal Buat Ramai Berdekah [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan suami Aisyah bersungguh-sungguh mengajar warga asing berkenaan cara membawa basikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Malaysia juga merupakan salah satu negara tumpuan untuk warga asing bekerja dalam beberapa sektor.
Sebagai contoh antara pekerja luar yang sering datang ke negara ini adalah dari Indonesia, Bangladesh, Filipina, Nepal serta banyak lagi.
Meskipun datang dari negara yang berbeza namun sebagai rakyat Malaysia kita perlu melayani mereka dengan baik. Malah ada juga rakyat kita yang tidak berkira untuk menghulurkan bantuan kepada mereka.
Lelaki bantu ajar warga asing naik basikal
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki Malaysia ini apabila membantu seorang lelaki warga asing ini sehingga membuatkan ramai terhibur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @nuraisyahmewl di TikTok, awalnya kelihatan lelaki berkenaan yang juga suaminya berada di bahu jalan sambil memegang bahagian belakang basikal.
Suaminya itu kemudian cuba meyakinkan warga asing dipercayai dari negara Nepal itu bahawa dia boleh menunggang dan mengemudi basikal berkenaan.
Warga asing itu kemudian cuba mengayuh basikalnya namun tidak pandai mengawal handle pada basikal tersebut dan membuatkan dia akhirnya terluncur sehingga ke bahagian rumput di tepi jalan berkenaan.
Siap ajar cara kawal handle untuk imbang basikal
Suami Aisyah kemudian membuat isyarat tangan meminta warga asing itu mengawal handle tersebut ke kiri dan kanan agar dapat mengimbangi basikal.
Mereka kemudian mencuba sekali lagi dan kali ini melintas ke jalan besar. Malah turut kelihatan warga asing itu menghentikan basikalnya beberapa kali ekoran tidak pandai mengawal handle tersebut.
Apabila diajar oleh suami Aisyah beberapa kali barulah dia pandai sedikit untuk mengawal basikal berkenaan.
Gelagat suami dan warga asing itu membuatkan isteri terhibur
Gelagat mereka berdua turut membuatkan Aisyah terhibur dan kedengaran di dalam video suaranya ketawa.
Sebaik sampai di hujung jalan, warga asing itu kemudian mengucapkan terima kasih dengan mengangkat tangan.
Ramai puji sikap lelaki sudi bantu ajar naik basikal
Mengintai di ruangan komen, ramai yang turut terhibur melihat gelagat mereka berdua dan tidak kurang juga ada yang memuji sikap suami Aisyah yang sanggup membantu warga asing berkenaan.
Malah ada juga yang sempat bergurau dengan meminta suami Aisyah membelikan warga asing itu roda kecil untuk dipasang pada basikal seperti yang sering dipakai oleh kanak-kanak yang baru ingin belajar menaiki basikal.