fbpx
Now Reading
Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan rakyat asing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jemaah Menteri hari ini (21 Mei) bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas bahan api. Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api diesel.

Sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan, pihak kerajaan akan terus menyediakan subsidi diesel kepada para peniaga yang menggunakan kenderaan komersial bermotor diesel melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Ini termasuk pengusaha bas dan teksi.

Kerajaan juga akan terus member subsidi diesel kepada kategori nelayan tertentu. Tambah beliau lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan rakyat asing.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.