“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]
Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti ‘vending machine’ untuk membeli minuman dan ais krim.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Tidak dinafikan, Malaysia dan Indonesia umpama adik beradik yang sering bergaduh namun tetap menyayangi antara satu sama lain.
Jika di media sosial, ada sahaja perkara yang menjadi pertikaian dan perbandingan di antara kedua-dua negara ini, namun apabila melibatkan negara lain kedua-dua ‘adik beradik’ ini secara automatik akan bersatu.
Influencer Indonesia kagum dengan tandas awam di Malaysia
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang influencer Indonesia yang dikenali sebagai Junaidi atau Nodiewakgenk yang memberi pujian terhadap tandas awam di Malaysia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Junaidi dilihat singgah di tandas awam salah sebuah hentian lebuh raya.
“Saya akan dedah, tandas yang ada di lebuh raya Malaysia, macam mana keadaannya,” kata Junaidi.
Luar tandas bersih, siap ada kemudahan tempat duduk dan vending machine
Sebelum memasuki tandas, Junaidi menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti ‘vending machine’ untuk membeli minuman dan ais krim.
Tidak hanya itu, kawasan luar tandas turut disediakan tempat duduk dengan keadaan di sekelilingnya yang bersih.
“Tandas di lebuh raya Malaysia ada kawasan berehat, kalau haus boleh beli air di sini (vending machine), mudah belinya, murah-murah,” katanya.
Tandas bersih dan lengkap dengan pelbagai kemudahan
Setelah itu, Junaidi masuk pula ke dalam tandas dan memberi pujian kerana ia dilihat bersih dan lengkap dengan kemudahan seperti singki, tisu dan sabun.
Malah, dia juga menyatakan tandas awam terbabit kelihatan seperti tandas di pusat beli-belah yang bersih dan disediakan secara percuma.
“Doakan supaya Indonesia boleh seperti ini. Macam mall, tandasnya macam di mall, percuma tak perlu bayar,” katanya lagi.