“Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]
Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk di antara dua sujud dan berdiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap umat Islam yang menepati syarat solat fardu diwajibkan untuk menunaikan ibadah itu pada lima waktu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Antara syarat sah solat pula adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada sebarang najis, selain masuk waktu, aurat dan arah kiblat.
Bagi mereka yang sedang sakit atau kekurangan upaya (OKU) dari sudut fizikal pula, mereka tetap diwajibkan untuk sembahyang, namun diberikan keringanan mengikut kadar kemampuan tersendiri.
Tular video lelaki OKU tunaikan solat di masjid
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki OKU fizikal menunaikan ibadah di sebuah masjid di Indonesia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @munawar.azis, kelihatan lelaki OKU itu tetap menunaikan ibadah meskipun dirinya penuh kekurangan fizikal.
Lelaki OKU tetap solat seperti orang biasa meski penuh kekurangan diri
Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk di antara dua sujud dan berdiri.
Pemilik video yang merakam momen terbabit menyatakan perkara itu memberi ‘tamparan’ hebat kepadanya.
Tidak hanya itu, dia turut menyoalkan alasan apa lagi yang ingin diberikan bagi insan sempurna untuk tidak solat sedangkan yang penuh kekurangan seperti lelaki terbabit tetap menunaikan ibadah wajib itu.
Netizen tersentuh hati, anggap satu teguran buat diri sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak dan tersentuh hati melihat semangat lelaki OKU itu untuk tetap menunaikan solat.
Malah, kebanyakan netizen juga menggangap video tersebut umpama teguran buat diri mereka sendiri agar tidak menggunakan pelbagai alasan untuk tidak solat.
Segelintir warganet turut percaya bahawa perkongsian video itu mampu memberi hidayah kepada umat Islam yang lain.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]