“Prank B*doh” – Influencer Buat Konten Kacau & Sentuh Orang Dikecam Hebat [Video]
Pempengaruh terbabit membuat konten mengacau orang awam yang berada di sekitar Bukit Bintang dengan menyentuh belakang mereka secara senyap-senyap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Di Malaysia, terdapat ramai pencipta kandungan (content creator) atau influencer yang semakin hari semakin meningkat jumlahnya seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Lambakan content creator ini menyebabkan pelbagai jenis kandungan yang boleh kita tonton di dalam media sosial, ada yang memberi manfaat dan ada juga yang sebaliknya.
Antara konten yang paling popular adalah podcast, social experiment dan prank kerana ia dilihat lebih mudah untuk mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi.
Influencer tular buat konten prank kacau orang di tempat awam
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang influencer membuat konten prank di kawasan awam sehingga menimpulkan ketidak senangan ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh influencer terbabit di akaun TikTok miliknya @hazraelofficialsrec, dia yang dikenali sebagai Hazrael melakukan prank mengacau orang di sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
“Disebabkan diorang taknak boikot, so kita nak kacau diorang semasa diorang tengah membeli,” katanya.
Prank sentuh belakang hingga buat orang tak selesa
Dalam video tersebut, kelihatan Hazrael menghampiri seorang mat salleh di hadapan kaunter restoran terbabit sebelum bertindak menyentuh bahu dari belakang.
Mat salleh itu dilihat kurang selesa dengan tindakan Hazreal namun harus tetap berada di situ untuk menyelesaikan pembayaran makanan yang dipesannya.
Pun begitu, Hazrael sekali lagi menyentuh mat salleh berkenaan menyebabkan lelaki itu berasa berang dan lantas memberi amaran kepadanya.
“Kalau awak pengang saya lagi, siap awak,” kata mat salleh itu.
Tidak hanya itu, Hazreal turut melakukan perkara sama terhadap beberapa individu-individu lain yang berada di sekitar kawasan Bukit Bintang.
Buat orang tak selesa sampai kena tuduh ‘pick pocket’
Dalam satu video berasingan yang dikongsikannya, dapat dilihat mat salleh berkenaan memberi amaran kepada orang awam agar berhati-hati kerana menyangka Hazrael merupakan penyeluk saku (pick pocket).
“Jaga-jaga ada penyeluk saku,” kata mat salleh itu lagi sambil menunding jari kepada influencer berkenaan.
Jelas, tindakan sedemikian boleh menyebabkan mat salleh terbabit tidak selasa sekali gus boleh menyebabkan dia mempunyai suatu pandangan yang buruk terhadap negara ini.
Netizen pakat kecam tindakan Hazrael buat konten kacau dan sentuh orang
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan Hazrael yang menyentuh dan mengganggu orang demi konten.
Malah, kebanyakan netizen juga berpandangan bahawa mereka juga akan marah sekiranya diganggu sebegitu yang melibatkan sentuhan badan.