fbpx
Now Reading
Penumpang Wanita Terpaksa Pandu Teksi Ke Lapangan Terbang Gara-gara Pemandu Mengantuk

Penumpang Wanita Terpaksa Pandu Teksi Ke Lapangan Terbang Gara-gara Pemandu Mengantuk

Kata penumpang wanita berkenaan dia menyedari pemandu teksi tersebut seperti mengantuk selepas mengambil rakannya sebelum mulakan perjalan ke lapangan terbang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan apabila ingin ke lapangan terbang kebiasaannya ramai yang akan menggunakan perkhidmatan e-hailing ataupun teksi.

Perkara ini dilakukan bagi memudahkan mereka yang ingin menaiki pesawat tanpa perlu meninggalkan kenderaan mereka di lapangan terbang.

Penumpang wanita terpaksa memandu teksi gara-gara pemandu mengantuk

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita di Thailand apabila dia terpaksa memandu sebuah teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang ekoran pemandunya mengantuk.

Memetik laporan The Pattaya News, video memaparkan wanita tersebut mula menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik pada 21 Mei lalu.

Wanita itu awalnya difahamkan telah menghubungi pemandu teksi berkenaan pada jam 3 pagi untuk mendapatkan penghantaran dari Pattaya ke lapangan terbang berkenaan.

Pemandu tertidur beberapa kali ketika memandu

Jelas wanita tersebut, dia awalnya menyedari keadaan lelaki berkenaan seperti mengantuk semasa memandu selepas mengambil rakannya.

Malah pemandu itu juga dilaporkan adakalanya tertidur beberapa kali ketika dalam perjalan ke lapangan terbang berkenaan.

Ekoran itu, dia kemudian bertanya kepada pemandu teksi tersebut sekiranya dia boleh mengambil alih untuk membawa kenderaan terbabit.

Pemandu itu kemudian bersetuju dan membenarkan wanita berkenaan memandu kenderaannya serta meminta izin untuk tidur di tempat duduk belakang.

Rakan kepada wanita berkenaan kemudian merakam detik tersebut sebelum memuat naik video di TikTok sambil bergurau mengatakan ‘kami memandu sendiri dari Pattaya ke lapangan terbang dengan pemandu teksi yang sedang tidur di belakang’.

Rakaman video itu lalu menjadi tular, dan ramai yang menontonnya mengatakan mereka faham mengapa wanita berkenaan membuat keputusan sebegitu rupa.

Ada yang kritik pemandu kerana tak profesional

Namun ada juga yang bertindak mengecam pemandu teksi kerana mengaggap dia tidak bersikap profesional dalam melaksanakan tugasnya.

Walau bagaimanapun, menerusi carian kami di TikTok video berkenaan dipercayai telah dipadam dari akaun rasmi wanita berkenaan.

@ch7hd_news

#ผู้โดยสาร เรียก #แท็กซี่ จาก #พัทยา มา #ดอนเมือง ตั้งแต่ตี 3 ระหว่างทางเห็นคนขับง่วงนอนจึงตัดสินใจขอขับเอง #ข่าวออนไลน์7HD #Ch7HDNews #ข่าวTikTok

♬ เสียงต้นฉบับ – Ch7HD News – Ch7HD News

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.