Ramai Puji Cara Kreatif Pensyarah Rekod Kehadiran Dengan Minta Pelajar Ambil ‘Selfie’ [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah setiap pelajar perlu memastikan muka pensyarah itu termasuk sekali dalam selfie yang diambil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila menghadiri ke tempat kerja, kelas atau mana-mana program, kebiasaannya seseorang itu akan diminta untuk merekodkan kehadiran sebagai bukti.
Selain berfungsi sebagai tanda keberadaan seseorang, rekod kehadiran juga penting dan dilihat sebagai salah satu cara dalam membentuk disiplin.
Namun, ada segelintir individu dilihat mengambil kesempatan dengan meminta bantuan rakan untuk menandakan kehadiran bagi pihak mereka tanpa perlu hadir ke tempat tersebut.
Pelajar Kena Ambil Selfie Masuk Muka Pensyarah Sebagai Tanda Hadir Kelas
Menggunakan pendekatan berbeza dari kebiasaan, seorang pensyarah menjadi perhatian apabila menjadikan ‘selfie’ sebagai cara untuk merekod kehadiran pelajar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang pelajar yang menghadiri kelas pensyarah itu di akaun Tik Tok @wimpynapkin, kelihatan kesemua mahasiswa sedang mengambil selfie sebagai bukti kehadiran ke kelas beliau.
Apa yang menjadi perhatian adalah setiap pelajar perlu memastikan muka pensyarah itu termasuk sekali dalam selfie yang diambil.
Malah, kelihatan pensyarah berkenaan bersedia dan membuat gaya ‘peace’ serta menunggu pelajarnya selesai mengambil gambar tersebut.
“POV: Kehadiran guna selfie tapi kena ada muka Dr sekali,” tulis pengguna akaun TikTok itu.
Difahamkan, situasi itu berlaku di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.
Cara Kreatif Pensyarah Jadi Perhatian
Video yang telah mendapat lebih 510 ribu tontonan itu nyata menarik perhatian ramai. Rata-rata warganet kagum dengan cara kreatif pensyarah terbabit yang merekodkan kehadiran menggunakan selfie.
Malah, kebanyakannya turut memuji cara tersebut yang dilihat dapat mengelakkan daripada pelajar menipu kehadiran mereka ke kelas.
Berikut antara komen warganet:
“Dulu Kehadiran Sign Je, Boleh Minta Tolong Kawan Signkan, Sekarang Ni, Jenuh Nak Ngelat”
“Nanti Dah Habis Belajar, Belek Balik Gambar Mesti Teringat Momen Belajar Dengan Dia”
“Dia Standby Peace, Comelnya”
“Comel, Bagus Untuk Kenangan”
“Kalau Macam Ini, Bersepah Surat Amaran Skip Kelas Aku”
“Dia Nak Korang Selfie Sebelah Dia, Lain Kali Ramai-Ramai Buat Gitu, Biar Kelas Tak Start”
Baca Artikel Berkaitan: “Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]