fbpx

Ustaz Terharu Anak Murid Buat Kejutan Raikan Hari Jadi, Siap Pakai Topeng [Video]

Menurut Ustaz berkenaan, para pelajar tersebut mengumpul wang mereka bersama-sama untuk meraikan hari jadinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tiba ulang tahun seseorang yang disayangi pasti kita ingin menyambutnya bersama-sama.

Sambutan yang diadakan ini sekadar ingin membuatkan individu yang disayangi rasa dihargai serta menjadi kenangan manis buat mereka.

Pelajar sekolah rendah rai Hari Jadi Ustaz

Perkara sama turut dilakukan oleh sekumpulan anak murid di sebuah sekolah rendah apabila mereka berusaha untuk mengadakan kejutan buat Ustaz yang disayangi.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @pakostad9 di TikTok, awalnya Ustaz ini memaklumkan kesemua para pelajar itu tahu pada hari tersebut adalah hari jadinya.

Oleh itu, mereka ingin bersama-sama membuat kejutan namun sempat juga memberitahu kepada Ustaz berkenaan bahawa terdapat ‘surprise’ akan dilakukan nanti

“Mereka nak buat kejutan, tapi semalam dah bagitahu esok ada surprise,” tulisnya.

Siap buat prank ada pelajar gaduh hingga cedera

Menurut Ustaz tersebut tidak lama kemudian datang seorang pelajar perempuan dengan memakai topeng memaklumkan terdapat pergaduhan berlaku di antara pelajar lelaki.

Apa yang lebih parah, pergaduhan itu kononnya turut menyebabkan ada yang cedera sehingga berdarah.

Ustaz tersebut kemudian segera ke kelas yang dimaklumkan tetapi sejurus tiba, dia disambut dengan nyanyian Selamat Hari Jadi secara beramai-ramai.

Bukan hanya itu, pelajar lain turut memakai topeng, menyediakan hiasan seperti belon dan menyarungkan selempang Hari Jadi kepada Ustaz.

Siap kumpul duit sama-sama untuk rai ustaz

Ustaz berkata dia sememangnya terharu dengan usaha yang dilakukan para pelajar untuk meraikannnya.

“Kumpul duit sama-sama beli belon buat birthday party, lihatlah segala belon, topeng, bunyi semuanyaa. Aww speechless (terkedu).

“Semoga pelukan ini juga akan tarik saya ke syurga nanti ya,” kata Ustaz berkenaan sambil menunjukkan keadaan para pelajar lelaki memeluknya.

Bagi sejambak bunga sebagai hadiah

Tidak lama kemudian, ketua kelas yang dikenali sebagai Uzma turut memberikan sejambak bunga sebagai hadiah kepada Ustaz.

Ustaz itu kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar berkenaan kerana telah meraikan hari jadinya.

“Tiba-tiba dapat tahu, kelas lain pun nak buat kejutan juga.”

Lalu Ustaz segera berlari ke kelas berkenaan dan pelajar sekali lagi menyanyikan lagu Hari Jadi.

“Terima kasih semua, terima kasih meraikan saya. Saya tak minta pun semua ini tapi bersungguh awak buat untuk saya. Jangan lupa selitkan nama saya dalam setiap doa awak ya,” katanya lagi.

Ramai sebak lihat usaha pelajar cilik nak rai hari jadi guru

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji para pelajar berkenaan yang kelihatan sangat comel sewaktu meraikan hari jadi guru mereka.

Bukan hanya itu, ada juga yang sebak melihat gelagat pelajar cilik tersebut.

“Ni trick bang, seharian tak nak belajar

“Allahu sebaknya.. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah semua! Semoga cikgu juga terus dilimpahkan rezeki dan sihat selalu”

“Ini semua saja buat sendiri cantik gubahan awak dik. Cikgu tak sunyi ada anak-anak yang ramai. Seronoknya dia orang.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.