KFC Tidak Pernah Masuk Dalam Senarai Boikot – BDS Malaysia
Menurut Pengerusi BDS Malaysia Prof Nazari Ismail, pihaknya tidak pernah berkempen kepada rakyat Malaysia untuk memboikot jenama itu sejak dari dahulu hingga sekarang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Selain bersuara secara lantang di platform media sosial, antara langkah terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan individu sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin adalah melalui tindakan boikot.
Tindakan ini bukan sahaja melibatkan artis atau pempengaruh ternama yang dipercayai bekerja dengan jenama pro-Israel malah orang ramai turut menyeru agar menghentikan pembelian jenama produk makanan yang didakwa mempunyai kaitan atau menyokong rejim Zionis.
Antara jenama terkenal yang terkesan adalah seperti Starbucks, McDonald’s (McD), Pizza Hut, Subway serta Kentucky Fried Chicken (KFC).
BDS Jelas KFC Tidak Pernah Masuk Dalam Senarai
Terbaharu, kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia mendedahkan KFC tidak pernah masuk dalam senarai jenama boikot yang dikeluarkan oleh mereka.
Menurut Pengerusi BDS Malaysia Prof Nazari Ismail, BDS tidak pernah berkempen kepada rakyat Malaysia untuk memboikot jenama itu sejak dari dahulu hingga sekarang.
Jelasnya, McDonald’s juga tidak termasuk dalam senarai namun ia terpaksa disenaraikan kerana tindakan McD cawangan Israel yang memberi makanan percuma kepada tentera Israel.
Berbeza dengan McD, KFC tidak pernah membuat tindakan yang sama. Oleh sebab itu BDS tidak pernah menyenaraikan KFC dalam senarai jenama yang perlu diboikot.
KFC Diboikot Rakyat Malaysia Kerana Makin Mahal
Kata Nazari lagi, KFC sebenarnya diboikot bukan kerana isu Palestin tetapi terdapat pelanggan yang merungut dengan harga produknya yang semakin mahal.
Malah, menerusi kenyataan di akaun Facebook rasmi BDS Malaysia itu, Nazari turut menunjukkan sedutan laporan Malay Mail sebagai bukti bahawa produk makanan itu semakin mahal.
“Alhamdulillah KFC tidak pernah melakukan tindakan sama, dan sebab itu tidak perlu dimasukkan dalam senarai boikot,” kata Nazari.
Jawapan Pengerusi BDS mengenai KFC: Utk makluman, KFC TIDAK pernah masuk senarai boikot BDS Malaysia. Kami TIDAK…
Posted by BDS Malaysia on Saturday 25 May 2024
Terdahulu, sekitar penghujung April 2024, kecoh di media mengenai laporan 100 cawangan KFC terpilih ditutup sementara yang didakwa akibat kesan daripada boikot rakyat Malaysia. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pemegang francais KFC Malaysia QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Jelas syarikat berkenaan, tindakan menutup 100 cawangan itu adalah merupakan salah satu cara syarikat itu menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat dan mahu menumpukan kepada kawasan perniagaan yang lebih baik.
Baca Artikel Berkaitan: Isu Boikot, McDonald’s Malaysia Saman BDS Malaysia
Baca Artikel Berkaitan: QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Memboikot Starbucks Hanya Sakiti Rakyat Malaysia, Kata Vincent Tan