fbpx
Now Reading
“Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]

“Mahal Kau Jual” – Peniaga Sedih Lepas Ditegur Pelanggan Kerana Jual Nasi Lemak RM3 [Video]

Pelanggan itu turut mendakwa peniaga nasi lemak berkenaan seorang yang tidak murah hati selepas dia gagal mendapat diskaun RM1 bagi nasi lemak yang dibeli olehnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan pengguna pada masa kini sedar bahawa harga barang terutamanya barang mentah mengalami kenaikan jika dibandingkan dengan beberapa tahun yang lalu.

Peningkatan harga ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang bekerja makan gaji, tetapi peniaga khususnya yang berniaga makanan turut terkesan.

Ada yang sanggup mengekalkan harga jualan namun keuntungan berkurangan dan ada juga yang terpaksa menaikkan harga jualan disebabkan peningkatan kos harga barang mentah.

Namun, tidak semua pelanggan memahami cabaran yang dihadapi oleh peniaga hingga ada yang beranggapan mereka sengaja menjual harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Pelanggan Tegur Penjual, Anggap Nasi Lemak RM3 Terlalu Mahal

Hanya kerana menjual nasi lemak ikan bilis yang berharga RM3, seorang peniaga ditegur oleh pelanggan kerana menganggap harga tersebut mahal.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna di akaun TikTok @hakaklawa_fyon, seorang pelanggan telah datang ke gerainya bagi membeli nasi lemak.

Dia menyambut mesra pelanggan itu dengan menyatakan menu nasi lemak yang dijual berharga sekitar RM3 hingga RM4.

“Nasi lemak bilis RM3, kerang dan ayam RM4,” kata wanita itu kepada pelanggannya.

Namun, pelanggan wanita tersebut menganggap harga itu mahal dan tidak sesuai dengan kuantiti nasi lemak yang dijual.

Walau bagaimanapun, dia tetap membeli tujuh bungkus nasi lemak ikan bilis daripada peniaga berkenaan.

Ketika peniaga itu membungkus nasi lemak untuk pelanggan wanitanya, sekali lagi kedengaran pelanggan itu berterusan menyatakan harga nasi lemak yang dijual terlalu mahal.

“Tapi terlalu mahal la terus terang. Terlalu mahal. Sebab bilis pun RM35 saja satu kilo,” kata pelanggan itu lagi.

Peniaga berkenaan kekal tenang dan tetap menjelaskan bahawa harga barang mentah yang lain mahal walaupun pelanggan itu mendakwa harga ikan bilis yang dijual hanya RM35 sekilo.

Namun, sekali lagi pelanggan wanita itu tetap dengan pendiriannya menganggap bahawa nasi lemak yang dijual terlalu mahal. Malah, dia turut menitipkan nasihat kepada peniaga itu agar tidak mengaut keuntungan berlebihan.

“Ini mahu tegur sikit la sebab memang kita cari untung tetapi berpada-pada,” kata pelanggan wanita itu lagi.

Anggap Peniaga Tidak Murah Hati Lepas Gagal Minta Diskaun RM1

Apa yang turut menjadi perhatian adalah pelanggan itu turut mendakwa peniaga nasi lemak berkenaan seorang yang tidak murah hati selepas dia gagal mendapat diskaun RM1 bagi nasi lemak yang dibeli olehnya.

Jelas pelanggan tersebut, peniaga itu sepatutnya bermurah hati agar dapat menarik lebih ramai pelanggan lagi.

Kenyataan pelanggan itu menyebabkan peniaga berkenaan akhirnya bersetuju memberi diskaun RM1, namun pelanggan wanita itu pula tidak mahu menerima dan menganggap perbuatan peniaga berkenaan tidak ikhlas.

Sedih dengan apa yang dikatakan oleh pelanggan terbabit, peniaga itu menjelaskan bahawa proses membuat nasi lemak bukanlah mudah.

“Hanya Allah yang tahu saya ikhlas atau tidak. Tapi sepanjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya ‘tidak ikhlas’ apatah lagi ‘tidak murah hati’.

“Saya, generasi dari mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 tahun, dari harga RM1 hinggalah sekarang RM3. Proses membuat nasi lemak bukan senang macam goreng nasi.

“Kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam-jam.

“Kami sangat jaga kualiti. Masak nasi pun bukan guna santan murah. Semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai ‘nasi lemak’,” tulis wanita itu menerusi ruangan kapsyen.

@hakaklawa_fyon

Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya “TIDAK IKHLAS”. apatah lagi “TIDAK MURAH HATI”. Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai “NASI LEMAK”. Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain.☺️ Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati

♬ original sound – ChiruX9_official – ChiruX9_official

Menerusi satu video, kelihatan peniaga nasi lemak wanita itu sedih dan menitiskan air mata selepas insiden tersebut.

@hakaklawa_fyon

begitulah kalau hati tisu. Terima kasih makcik , memberi pengalaman baru😂 saya hanya peniaga nasi lemak tepi jalan.. #peniaganasilemak #makcikrandom

♬ Nikmati Perjalanannya – Chintya Gabriella

Hantaran Jadi Perhatian Warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram selepas mendengar apa yang dikatakan oleh pelanggan wanita tersebut.

Kebanyakan daripada mereka menganggap nasi lemak berharga RM3 adalah murah dan berpatutan kerana kebanyakan tempat turut menjual harga yang sama.

Malah, ada segelintir warganet yang berasal dari Sabah turut mendakwa harga yang dijual adalah berbaloi kerana kebanyakan bahan mentah di negeri itu dijual dengan harga yang agak mahal.

Namun, ada juga warganet yang merasakan nasi lemak berharga RM3 itu agak tinggi kerana mereka boleh mendapatkan makanan yang sama pada harga yang jauh lebih murah.

Berikut antara komen warganet:

“Memang Standard Harga Nasi Lemak RM3, Kalau Nak Murah Buat Sendiri”

“Saya Pun Peniaga Nasi Lemak, Agak-Agak RM3 Dicakap Mahal”

“Kira Murah Dah Dia Jual, Kesian Dia Berpanas”

“Kak, Saya Pun Peniaga, Tapi Kalau Pelanggan Macam Ni Memang Saya Cakap ‘Takpe Cik Boleh Beli Tempat Lain”

“Sekarang Paling Murah RM3, Tempat Saya Rata-Rata Jual RM3.50 Tapi Telur Separuh”

“Saya Beli Je Kalau Nak Makan, Tak Pernah Saya Minta Diskaun, Penat Kakak Tu Masak”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa, Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Letih Nak Hadap”- Peniaga Kecewa, Nasi Lemak RM5 Penuh Dengan Daging Dikatakan Mahal [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.