fbpx
Now Reading
Netizen Kecewa, Ada Rakyat Malaysia Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [Video]

Netizen Kecewa, Ada Rakyat Malaysia Tak Kenal Tunku Abdul Rahman [Video]

Kelihatan ramai individu dapat meneka dengan mudah apabila ditunjukkan foto pelakon Zul Ariffin, tetapi terpinga-pinga selepas melihat potret Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dahulu.

Sejak tarikh tersebut, tanah air telah dipimpin oleh ramai tokoh hebat dan kini diteruskan oleh Perdana Menteri yang ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun setiap individu didedahkan dengan ilmu sejarah di peringkat sekolah, namun masih ramai di luar sana tidak mengenali tokoh-tokoh terdahulu yang banyak menyumbangkan jasa kepada negara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Menyedihkan! Anak Muda Lebih Kenali Justin Bieber Dari Tun Abdul Razak


Ramai Tidak Tahu Potret Perdana Menteri Malaysia Pertama

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@raffisimple) apabila dia melakukan ‘social experiment’ untuk melihat sejauh mana orang ramai mengenali pemimpin Malaysia terdahulu.

Pada mulanya, Raffi menunjukkan foto selebriti terkenal tanah air kepada setiap individu dan kesemua daripada mereka memberikan jawapan yang betul iaitu Zul Ariffin.

Bagi menguji pengetahuan am mereka, Raffi kemudiannya menunjukkan pula gambar potret Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pun begitu, ramai yang tidak mengenali beliau. Apabila diminta untuk meneka perkerjaan beliau, seorang wanita berkata mungkin tokoh tersebut bekerja dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Sumber: TikTok (@raffisimple)

Apabila ditanya kepada golongan muda, rata-rata daripada mereka memberi jawapan salah dengan mengatakan beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak.

Walaupun seorang lelaki telah menjawab dengan nama gelaran yang betul iaitu ‘Bapa Kemerdekaan’, namun dia salah ketika menyebut nama penuh tokoh berkenaan.


Netizen Kecewa Ramai Tidak Kenal Tunku Abdul Rahman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kecewa melihat generasi kini yang tidak tahu tentang pemimpin tanah air.

“Perdana Menteri pertama tak kan tak tahu. Sedih betul anak muda zaman sekarang,” kata seorang lelaki.

Malah, ada yang berkata dia berasa kecewa apabila wanita tersebut berkata Tunku Abdul Rahman bekerja dengan RELA.

“Yang salah nama tu tiada hal. Yang cakap kerja RELA tu kecewa. Bapa kemerdekaan kita,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@raffisimple)

Walaupun konten ini menunjukkan kesemua individu tidak mengetahui siapa Perdana Menteri pertama Malaysia, namun kami percaya masih ramai yang mengenali tokoh-tokoh yang banyak memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Buat mereka yang semakin lupa dengan turutan pemimpin negara bolehlah ulang kaji semula ya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.