
Siap Beri Upah RM50, Suami Sanggup Call Isteri Minta Buat Air Sirap Sebelum Sambung Kerja Raih Perhatian [Video]
Menerusi video, kelihatan wajah sang suami tersenyum gembira sebaik mengambil botol berisi air sirap yang dihulurkan oleh isterinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui suami merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan rumah.
Sebagai contoh mereka yang bergelar suami perlu keluar untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk mendapatkan wang agar keperluan seperti baju, makanan, barangan rumah dapat disediakan.
Namun rata-rata mereka tidak pernah mengungkit kepenatan yang dilalui malah tahu ia sudah menjadi kewajipan mereka. Oleh itu, peranan isteri pula adalah memberikan sokongan kepada suami untuk mereka terus bersemangat.
Suami sanggup call isteri minta buatkan air sirap sebelum sambung bekerja
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga suami sanggup menghubungi isteri untuk membuatkan air buatnya sebelum dia menyambung pekerjaan hakiki.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @Jusmarina_juah di TikTok, suaminya yang dipercayai berkerja sebagai pembawa lori sering lalu di hadapan rumah.
Namun disebabkan pada hari itu dia mempunyai ‘trip’ yang banyak lalu dia menghubungi isteri dan meminta wanita itu membuatkan air buatnya.
Tak nak hampakan suami, isteri buat satu botol besar air sirap
Enggan menghampakan permintaan suami tercinta, Jusmarina kemudian membuatkan air sirap buatnya.
Sebaik lori suaminya sampai di hadapan rumah, Jusmarina segera menghulurkan botol yang penuh berisi air sirap. Kelihatan sang suami tersenyum gembira sewaktu mengambil botol berkenaan.
Apa yang lebih mencuri tumpuan sebaik sahaja mengambil botol berkenaan, suami Jusmarina segera membuka dan meneguk air dari hasil tangan isterinya sambil bergurau.
“Dia kata kita letak racun dalam air, tapi dia minum juga.
“Sambil tu apa lagi pau duit lah, upah buat air,” gurau Jusmarina dalam video tersebut.
Siap bagi upah RM50 pada isteri buatkan air
Sebagai upah suaminya kemudian membuka beg kecil yang berada di sisi lalu mengeluarkan satu note wang kertas bernilai RM50 untuk diberikan kepada Jusmarina sebelum kembali memandu lori untuk menyambung kerja.
“Dia (suami) nak cepat jadi tak boleh lama-lama. Bye sayang kita jumpa malam ni makan sama dengan anak-anak.”
Di ruang kapsyen Jusmarina memaklumkan suaminya itu keluar bekerja di awal pagi sekitar jam 5 pagi dan pulang apabila senja.
@jusmarina_juah suami keja kuar kul 5pg balik senja🥹#semogadipermudhkanurusan#CapCut
♬ suara asli – Anaksenja – EQ
Ramai terharu lihat keluarga bahagia
Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu melihat pasangan tersebut kerana jelas terpampang kebahagian antara mereka sekeluarga.
Malah ada yang turut sempat bergurau dengan mengatakan air sirap tersebut mahal kerana berharga RM50.
Ramai juga mendoakan agar pasangan itu sentiasa bahagian bersama keluarga tercinta dan sentiasa dimurahkan rezeki.
“Ingat aku sorang je pernah minum air sirap, air teh o RM500.. abang ni pun kena juga”

“Apalah sangat sekadar air sirap tapi dari air tangan isteri. Apalah sangat sekadar RM50 tapi ikhlas nafkah daripada suami. Semoga hingga jannah dan dilimpah rezeki”

“Mahal air sirap ni kak, sebotol RM50”
