fbpx

“Tidak Benar & Fitnah”- Qawiy Nafi Terlibat Gangguan Seksual

PDRM dalam pada itu, turut membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual yang membabitkan seorang influencer.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular hantaran di media sosial apabila terdapat individiu yang mendakwa seorang influencer yang terkenal dengan konten mengaji di TikTok iaitu Qawiy melakukan ganggunan seksual.

Perkara itu dimaklumkan oleh individu tidak dikenali berkenaan dalam satu aplikasi yang dikenali sebagai NGL di mana orang ramai bebas untuk bertanya dan menyuarakan apa sahaja kepada pemilik akaun.

Menerusi tangkap layar itu, ‘unknown’ pada mulanya mendakwa ada seorang ‘Hafiz’ yang mengajak wanita yang dikenalinya diaplikasi dating (Tinder) untuk melakukan perbuatan tidak senonoh.

Namun dalam kenyataan itu, tidak disebut sebarang nama siapakah ‘Hafiz’ yang dimaksudkan.

Ia bagaimanapun terbongkar, apabila pemilik akaun X yang dikenali sebagai Abudi mendakwa telah dihubungi oleh Qawiy yang memintanya untuk memadam posting tersebut selain akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebar fitnah.

Pemilik akaun di X buat surat terbuka kepada Qawiy

Sehubungan itu, Abudi tampil membuat satu surat terbuka selepas mendapat mesej berkenaan dari Qawiy.

Kata pemilik akaun X itu lagi, dia juga asalnya tidak tahu siapakah ‘influencer’ yang dimaksudkan namun hanya mengetahuinya selepas diserang oleh Qawiy.

Tuntut sumpah laknat jika dakwaan tak benar

Malah dalam surat terbuka itu, individu berkenaan turut mencabar Qawiy agar membuat sumpah laknat untuk menafikan perbuatannya berkaitan gangguan seksual tersebut.

Qawiy tampil nafi dakwaan yang tular di media sosial

Qawiy atau nama penuhnya Abdul Qawiy Abd Rashit, dalam hantaran di Instagram kemudian tampil menafikan dakwaan yang sedang tular mengenai dirinya.

“Assalamualaikum semua, berkaitan isu dan kenyataan yang tular di media sosial tentang Qawiy.

“Ya sepatutnya Qawiy tak perlu pun balas dan jawab kenyataan atau surat terbuka yang tular, tetapi memandangkan ramai yang dah tahu isi ini dan untuk mengelakkan salah faham dan fitnah, Qawiy perlu jelaskan di sini.

“Kenyataan dan cerita yang tular tentang Qawiy di media sosial adalah tidak benar dan fitnah,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

PDRM buka kertas siasatan selepas tular dakwaan influencer terbabit gangguan seksual

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang influencer.

Jelas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Kita juga buka kertas siasatan mengikut Seeksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” jelasnya, dipetik Kosmo.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.