CIMB OCTO Akan Gantikan Aplikasi CIMB Clicks Bermula 11 Jun 2024
Namun buat sementara ini, pengguna masih lagi boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks bagi sebarang urusan transaksi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Harus diakui, urusan perbankan kini menjadi lebih mudah dengan kecanggihan teknologi pada masa kini.
Segala urusan seperti simpanan, bayaran atau transaksi lain kini boleh dibuat dengan hanya menggunakan peranti mudah alih seperti telefon bimbit menerusi aplikasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan bank.
Namun, ada ketikanya aplikasi ini tidak dapat diguna pakai dan boleh menganggu urusan individu yang majoritinya menggunakan aplikasi perbankan ketika membuat transaksi secara dalam talian.
CIMB OCTO Diperkenal, Bakal Ganti CIMB Clicks
Terbaharu, bagi memudahkan urusan pengguna dalam membuat transaksi secara atas talian, Bank CIMB mengumumkan bahawa aplikasi CIMB Clicks akan digantikan dengan CIMB OCTO bermula 11 Jun 2024.
Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh bank itu di laman sesawangnya, penggantian itu kerana aplikasi CIMB OCTO jauh lebih mudah untuk digunakan dan mesra pengguna.
Jelas bank itu lagi, aplikasi CIMB Clicks tidak lagi tersedia dan boleh dimuat turun kepada pengguna AppStore, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
CIMB Tingkatkan Keselamatan Menerusi CIMB OCTO
Menurut CIMB, aplikasi CIMB OCTO membantu pengguna untuk mengurus kewangan dengan cepat dan selamat disamping menyediakan pengalaman perbankan atas talian yang lebih lancar bersama reka bentuk yang lebih kemas.
Malah, ia juga sebagai usaha bank itu dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna aplikasi CIMB.
Namun buat sementara ini, pengguna masih lagi boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks bagi sebarang urusan transaksi. Ia bagaimanapun tidak lama, kata CIMB.
Malah, pengguna boleh menggunakannya melalui laman web CIMB Clicks dengan menggunakan desktop atau pelayar.
Bagaimanakah cara untuk saya mengakses akaun saya selepas aplikasi dialih keluar? Anda boleh mengakses akaun anda melalui:
- Aplikasi CIMB OCTO
- Laman web CIMB Clicks: Akses akaun anda melalui laman web CIMB Clicks dengan menggunakan desktop atau pelayar.
Pengguna Dinasihat Muat Turun CIMB OCTO
Pada masa yang sama, CIMB turut menasihatkan pengguna agar memuat turun aplikasi CIMB OCTO bagi memudahkan urusan pada masa hadapan.
Anda boleh memuat turun aplikasi itu menerusi pautan seperti berikut:
- Buat pengguna Apple: Appstore
- Buat pengguna Android: Google Play Store
- Buat pengguna Huawei: Huawei Appstore
Sebarang pertanyaan berhubung aplikasi ini, anda boleh melayari laman sesawang CIMB melalui pautan ini.