‘Hardest Goodbye’- Ramai Sebak Lihat Ibu Terpaksa Tinggal Anak Kerana Kerja Di Luar Negara [Video]
Menerusi komen, si ibu memaklumkan dia bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi dan anak kecil itu terpaksa ditinggalkan kerana bersekolah di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi kewajipan buat semua yang bergelar ibu bapa untuk keluar bekerja bagi menyara keluarga.
Malah ada segelintir darinya terpaksa berpisah jauh dengan keluarga dan anak disebabkan tempat kerja yang jauh.
Meskipun perit dan berat namun terpaksa digagahi juga demi ekonomi keluarga.
Wanita terpaksa berpisah dengan anak kerana kerja
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita ini apabila dia terpaksa meninggalkan anak lelakinya yang masih kecil di Malaysia atas tuntutan kerja.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @masching77 di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu sedang memujuk anak lelakinya yang berusia lima tahun daripada menangis.
Jelas wajah ibu sebak kerana terpaksa tinggalkan anak
Malah dia turut memegang wajah anak kecil itu sambil memujuk sebelum memeluknya dan apa yang lebih menjadi perhatian adalah riak wajah si ibu cuba menahan sebak ketika ingin berpisah dengan kanak-kanak berkenaan.
Meskipun dipujuk namun perkara itu tidak dapat menghalang kanak-kanak berkenaan daripada berasa sedih dan menangis apabila mengenangkan ibu yang akan pergi jauh meninggalkannya.
Setiap hari bersama selama tiga bulan tak bertugas
Namun si ibu tetap tidak berputus asa dan masih memujuknya. Malah turut kelihatan nenek kanak-kanak itu cuba memujuknya tetapi dia masih menangis dan menginginkan si ibu.
“Tiga bulan mommy tak bertugas, setiap hari duduk dengan abang Aryan. Ini adalah selamat tinggal yang sangat berat untuk Aryan dan mommy.
“Abang Aryan duduk dengan daddy okay, nanti mommy balik. Maaf abang Aryan kerana terpaksa berpisah lagi.
“Tapi mommy tahu abang Aryan kuat. Abang Aryan tahu mommy pergi untuk kerja. Untuk masa depan abang dan adik. Jumpa lagi akhir tahun ini sayang,” katanya di ruang kapsyen.
Bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi
Menerusi ruangan komen Masching memaklumkan dia terpaksa meninggalkan anaknya kerana bekerja sebagai seorang jururawat di Arab Saudi.
Turut difahamkan Masching tidak bertugas selama tiga bulan kerana cuti bersalin pada Ramadan lalu.
Perkongsian Masching itu turut mendapat perhatian ramai apabila ramai yang tersentuh melihat dua beranak itu terpaksa berpisah.
Malah ramai juga memberi semangat kepada Masching dengan mengatakan dia adalah seorang wanita yang kuat dan berdoa agar suatu hari nanti mereka akan dapat duduk bersama.