fbpx
Now Reading
“Hilang Dah Rasa Nak Cuba”- Wanita Kecewa ‘Soft Cookies’ Dibeli Macam Doh & Lembik [Video]

“Hilang Dah Rasa Nak Cuba”- Wanita Kecewa ‘Soft Cookies’ Dibeli Macam Doh & Lembik [Video]

Peniaga itu kemudiannya menawar untuk mengantikan soft cookies itu dengan biskut yang baharu namun wanita terbabit enggan menerimanya kerana sudah hilang keinginan untuk mencuba.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap hari ada sahaja makanan yang menjadi trending di negara ini sehingga menjadi perhatian ramai.

Jika sebelum ini ramai yang ingin mencuba serta menjual pastri yang dipanggil ‘cromboloni’ sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya, kali ini lain pula yang menjadi perhatian masyarakat di negara ini.

Ramai kini mula memberi tumpuan dan gilakan soft cookies atau mudah difahami biskut yang lembut.

Bukan hanya itu, di media sosial juga dapat dilihat ramai yang sudah mula menjualnya di pasaran malah ada juga siap menjualnya dengan air susu untuk dimakan bersama biskut berkenaan.

Wanita kecewa soft cookies dibeli tak seperti diharapkan

Namun baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila biskut lembut yang dibeli dari seorang peniaga tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @haqmamazahra di TikTok, awalnya dia telah membuat pesanan untuk membeli dua biskut lembut daripada seorang peniaga.

Katanya dia membuat pesanan biskut tersebut sekitar jam 2 petang dan menyangka akan menerima pesanan itu sekitar jam 7 malam. Namun sehingga jam 9 malam dia masih belum mendapatkan biskut tersebut dan hampir ingin membatalkan pesanan.

Biskut lembik dan rasa seperti doh serta telur

Tetapi belum sempat ingin membatalkannya peniaga itu sudah pun dalam perjalanan untuk menghantarnya. Selepas beberapa minit biskut dihantar peniaga kemudian meminta wanita berkenaan memberikan maklum balas selepas memakan manisan yang dijual.

“Tiba-tiba dapat macam ni (tunjuk biskut), order dua ya bukan satu. Rasa nak marah tu macam nak memuncak dah.

“Kakak (anak) dah marah sebab nak makan mama tak bagi.. Rasa doh tepung, telur semua ada.

“Biskut tak boleh keluar pun dari bekas. Kena terbalik kan.. lepas tu tekstur dia hmmm,” luah wanita itu dalam video berkenaan.

Dalam video, wanita tersebut turut menunjukkan tekstur biskut yang terlalu lembik dan menghubungi peniaga semula untuk bertanya tentang perkara tersebut.

Peniaga suruh masuk dalam peti sejuk, tak boleh makan ketika panas

Peniga itu meminta wanita berkenaan untuk memasukkan biskut terbabit ke dalam peti sejuk terlebih dahulu dan menyatakan ia tidak boleh dimakan terus ketika masih panas.

Selepas mendapat nasihat dari peniaga berkenaan, wanita itu kemudian memasukkan satu lagi biskut yang dipesan ke dalam peti sejuk dengan harapan ia akan menjadi tekstur yang sepatutnya.

@haqmamazahra

Gara2 auntie jaa suka desert.. Xpela lepas nie mama belajar buat dgn auntie jaa jela..😭 #sukadesert #ovalcookies #penangansukadessert #softcookies

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Biskut masih lembik dan rasa doh walau dah masuk peti sejuk

Walaupun sudah mengikuti saranan peniaga untuk memasukkan ke dalam peti sejuk, biskut tersebut tetap seperti doh dan bukan biskut lembut. Malah apabila ditekan pada bahagian tengah kelihatan ia lembik.

Bukan hanya itu, wanita itu turut memaklumkan rasa biskut tersebut selepas disejukkan juga masih sama seperti doh dan telur yang belum dimasak.

Peniaga tawar ganti biskut baru, pelanggan tolak kerana sudah kecewa

Peniaga itu kemudiannya menawar untuk mengantikannya dengan biskut yang baharu dan akan memastikan teksturnya tidak sama.

Ini kerana mungkin biskut berkenaan lembik kerana dimasak pada kadar yang cepat. Namun wanita itu enggan menerimanya mungkin kerana kecewa dan menghalalkan sahaja wang yang sudah dibayar.

Netizen dakwa biskut belum siap dimasak

Mengintai di ruangan komen, ada yang berpendapat tekstur pada biskut seolah-olah ianya belum lagi dimasak atau dibakar.

Malah ada juga yang ingin memberikan biskut yang dibuat oleh mereka untuk wanita berkenaan kerana kasihan melihatnya.

Video memaparkan biskut lembut ini turut menjadi sohor di laman X dan mendapat perhatian ramai di aplikasi berkenaan.

“Sis ni tak masak lagi ni, sis duduk mana meh saya bagi soft cookies saya”

“Aku lepas bakar makan panas-panas pun okay je tak ada macam tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.