fbpx
Now Reading
“Job Baru” – Pekerja Pembersihan Pakai Topeng Spiderman Semasa Bekerja Undang Perhatian Ramai [Video]

“Job Baru” – Pekerja Pembersihan Pakai Topeng Spiderman Semasa Bekerja Undang Perhatian Ramai [Video]

Melihat gelagat spontan pekerja pembersihan yang memakai topeng Spiderman itu membuatkan perakam dan rakannya terhibur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut tentang adiwira pasti ramai yang mula menyenaraikan beberapa karakter yang disukai ramai.

Antara nama yang sering disebut adalah Thor, Captain America, Batman, Spiderman dan banyak lagi. Malah setiap kali siri baharunya dikeluarkan di panggung wayang pasti ramai yang akan pergi menontonnya.

Minat orang ramai terhadap karakter adiwira ini bukan hanya ketika kecil sebaliknya ada yang meminati dan mengikutnya sehingga dewasa dan membeli beberapa barangan cenderamata seperti topeng sebagai kenangan.

Tular video seorang pekerja pembersihan pakai topeng Spiderman

Baru-baru ini, seorang pekerja pembersihan menjadi perhatian ramai sewaktu sedang menjalankan tugasnya di sebuah taman perumahan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pijoiboy awalnya kelihatan pekerja berkenaan telah pergi ke sebuah rumah untuk mengambil plastik sampah dari dalam tong buangan daripada kediaman berkenaan.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai, pekerja itu dilihat turut menggunakan topeng Spiderman berwarna merah putih sepanjang melakukan kerjanya.

Gelagat spontan buat perakam terhibur

Sedar diri sedang diperhati dan dirakam, pekerja pembersihan itu kemudiannya sempat bergurau dengan si perakam apabila membuat aksi seperti ingin mengeluarkan benang ‘web’ (web slinger) dari tangannya.

Melihat tindakan pekerja itu, perakam dan rakan-rakannya kemudian ketawa sebelum individu berkenaan beredar untuk menyambung kerjanya.

Ada yang bergurau dakwa itu Andrew Garfield

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan gelagat pekerja pembersihan tersebut.

Malah ada juga yang bergurau dengan mengatakan melihat daripada posturdan ketinggian badan mungkin pekerja itu adalah Andrew Garfield iaitu pelakon siri The Amazing Spiderman 2.

Ada juga yang memuji pekerjaan individu berkenaan kerana tanpa orang sepertinya pasti rumah tidak bersih.

Tidak kurang juga ada yang bergurau mengatakan itu adalah kerja sambilan Spiderman.

“Diikutkan bentuk, tinggi badan, tak lain tak bukan Andrew Garfield”

“Wah Spiderman buat kerja part time”

“Spiderman dah ada kerja lain. Tak jadi photographer dah”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.