Pengantin Lelaki Bersanding Pakai Kostum Ultraman Jadi Perhatian Ramai [Video]
Difahamkan pengantin lelaki itu memilih untuk mengenakan kostum Ultraman Taro ketika majlis persandingan kerana minat yang mendalam terhadap superhero tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dalam perkahwinan masyarakat Melayu, bersanding merupakan antara adat yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin.
Ia merupakan kemuncak majlis perkahwinan apabila pasangan pengantin dilayan seperti raja dan permaisuri sehari.
Lazimnya, kebanyakan pasangan akan mengenakan persalinan yang mencerminkan masyarakat Melayu seperti pakaian yang diperbuat daripada kain songket sesuai dengan tema tradisional majlis persandingan itu.
Selain tradisional Melayu, antara tema lain yang sering menjadi pilihan pengantin untuk membuat majlis adalah bertemakan taman, pantai atau Bollywood.
Setiap tema mempunyai persalinan tersendiri yang memerlukan pengantin mengenakan pakaian sesuai dengan pilihan mereka.
Pengantin Lelaki Pakai Kostum Ultraman
Namun, berbeza pula dengan pasangan pengantin ini apabila pengantin lelaki memilih untuk memakai kostum Ultraman Taro ketika majlis persandingan.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @redrangerspenang, kelihatan pasangan pengantin sedang berarak di atas karpet merah menuju ke pelamin.
Apa yang menjadi perhatian adalah pengantin lelaki yang mengenakan kostum Ultraman manakala pengantin perempuan memakai pakaian songket tradisional Melayu.
Melalui video asal yang dikongsikan oleh pengantin lelaki itu di akaun @ziesenin98, difahamkan dia memilih untuk mengenakan kostum ketika majlis persandingannya di Miri, Sarawak kerana minatnya terhadap watak superhero dari siri televisyen itu.
Malah, pengantin lelaki itu turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada isteri serta kedua ibu bapanya kerana menyokong minatnya itu sehingga dia boleh mengabdikan kostum itu dalam majlis perkahwinannya.
Hantaran Tarik Perhatian Warganet
Video yang telah mendapat tontonan lebih empat juta itu nyata menarik perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan pemilihan kostum tersebut.
Malah, ada yang berseloroh dan mendakwa pengantin lelaki itu menyorokkan perkahwinan daripada seseorang hingga menyebabkan dia memilih untuk mengenakan persalinan sedemikian.
Namun, ada juga yang mempersoalkan bagaimana dia menyuapkan makanan ketika sesi makan beradab dengan pakaian sedemikian.
Pada masa yang sama, ada warganet yang turut menyatakan keinginan untuk melakukan perkara yang sama namun mereka bimbang dengan pendapat orang ramai.
Berikut antara komen warganet:
“Pandailah Dia Pakai Baju Ultraman Tu, Sebab Nak Elak Bini Tua Tahu”
“Aku Nak Pakai Kamen Rider Tapi Laki Aku Tak Bagi”
“Selamat Pengantin Baru, Tak Pernah Orang Buat Kahwin Pakai Kostum Ultraman”
“Ini Kaw-Kaw Bincang Dengan Keluarga Kedua Belah Sebelum Keputusan Dibuat”
“Nanti Ada Anak, Boleh Tunjuk Dekat Anak, Mesti Dia Bangga”
Baca Artikel Berkaitan: Viral! Busana Songket Pengantin Jadi Tumpuan Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Kita Satu Malaysia..” – Video Pasangan India Buat Majlis Sanding Ikut Adat Melayu Raih Perhatian Netizen