fbpx

Tidak Salah Jika Isteri Pilih Untuk Berhenti Kerja & Tidak Bantu Suami, Kata Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan tugas asal seorang isteri adalah untuk mendidik anak-anak, menguruskan urusan rumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab keluarga yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui pada masa kini, kehidupan rumah tangga menjadi lebih mencabar disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Oleh kerana itu, boleh dikatakan hampir kesemua pasangan suami isteri kedua-duanya bekerja bagi menampung perbelanjaan harian.

Ada juga segelintir isteri yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Namun, dalam membuat keputusan sedemikian, ada di antara mereka yang berdepan dilema dan risau kerana tidak dapat membantu suami dalam menyediakan perbelanjaan harian.

Isteri Berhenti Kerja & Tidak Membantu Suami Bukan Satu Kesalahan

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan keputusan isteri untuk berhenti kerja atau tidak membantu suami bukanlah satu kesalahan atau dosa.

Ini kerana tugas asal seorang isteri adalah untuk mendidik anak-anak, menguruskan urusan rumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab keluarga yang lain.

Penjelasan itu dibuat menerusi aplikasi Inarah yang merupakan satu platform soal jawab kemusykilan agama yang dikendalikan oleh beliau selepas diajukan soalan oleh seorang individu.

“Saya ingin bertanya berdosakah jika isteri berhenti kerja dan tidak dapat membantu suami dalam perbelanjaan harian? Mohon penjelasan Datuk,” tanya individu itu.

Tanggungjawab Keluarga Merupakan Kewajipan Suami

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut menjelaskan bahawa tugas mencari nafkah dan menyara keluarga merupakan tanggungjawab seorang suami.

Jelas beliau berdasarkan Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili, majoriti ulama mengatakan terdapat tujuh perkara atau nafkah yang wajib diberi kepada isteri iaitu:

  • Makanan
  • Barang-barang dapur
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Alat-alat untuk membersihkan diri
  • Barangan rumah
  • Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu.

Walau bagaimanapun, sekiranya isteri memilih untuk bekerja dengan niat untuk meringankan beban suami dalam menanggung nafkah atau keperluan keluarga maka perbuatan isteri itu harus diberi pujian.

Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan sekiranya isteri mempunyai kesenangan harta dan rezeki yang mencukupi adalah lebih baik untuk bersama-sama membantu suami dalam meringankan beban dan menguruskan rumah tangga.

Ulasan Mengenai Hukum Isteri Berhenti Kerja Pernah Diulas Oleh UAI

Ulasan mengenai perkara ini juga pernah diulas oleh penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu video ceramahnya di platform YouTube.

Jelas UAI, tidak wajib isteri bekerja untuk bantu keluarga atau menyempurnakan nafkah suami.

“Bila suami kata jangan berhenti, maka boleh isteri itu nak berhenti juga kerana nafkah atas suami.

“Bila kita berkahwin, isteri kita tidak wajib bekerja atau mencari duit satu sen pun. Itu Islam,” terang UAI.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.